Sesi raikan peminat MotoGP bersama Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci bersama Shell Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Shell Malaysia telah menganjurkan sesi bertemu dan beramah mesra (meet and greet) peminat Ducati dan MotoGP dengan pelumba dari pasukan Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci, di stesen Shell KLIA semalam.

 

Berasal dari Itali, Doviozoso kini bersaing di dalam MotoGP untuk musim yang ke-12. 

 

Dia menghabiskan musim lalu di tempat kedua untuk tahun kedua berturut-turut dengan empat kemenangan dan sembilan podium secara keseluruhan.

 

px 2

 

Sementara itu, rakan senegaranya iaitu Petrucci menyertai Ducati tahun ini selepas menunjukkan perkembangan yang mantap selama empat tahun berlumba untuk pasukan Pramac Racing.

 


 

 

Bagi menarik peminat mengunjungi perlumbaan MotoGP yang akan diadakan pada hujung minggu ini, stesen Shell KLIA telah menjadi lokasi sesi bertemu peminat itu dihiasi dengan tema Ducati di bahagian hadapan kedai dan pam petrol.

 


Peminat yang hadir pada sesi tersebut berpeluang untuk beramah mesra dengan dua pelumba tersebut selain mendapatkan autograf dan berswafoto bersama mereka.
 

 

 

Pada sebelah petang pula, sesi bertemu peminat secara eksklusif telah diadakan bersama Andrea Dovizioso, Fatah Amin dan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

 


Beliau telah menyampaikan anugerah kepada 10 mekanik yang layak dan mewakili Malaysia ke pertandingan Shell Advance Global Masterclass 2019.

 


Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, "Perkongsian teknikal Shell dengan Ducati telah terbukti dan kami gembira dapat melihat sendiri para peminat yang hadir. Shell akan terus bekerjasama dengan Ducati untuk memberikan penawaran yang menarik serta meningkatkan pengalaman sukan motorsport untuk semua peminat kami."
 

 

Pengurus Besar Pemasaran Shell, Man Tan,  berkata: "Inisiatif Shell Advance ini merupakan satu-satunya cara pembelajaran yang lebih baik dalam industri ini.

 

Kami memanfaatkan teknologi dan perkongsian global kami dengan Ducati untuk membantu melatih mekanik motosikal. Kami harap dengan program Shell Advance Masterclass ini, kami dapat membantu mekanik tempatan mendapat pengiktirafan untuk kemahiran teknikal mereka dan mengatasi cabaran untuk membina kerjaya yang bermanfaat, "katanya.

 

 

David Lim, Ducati Malaysia, Ketua Pemasaran, Next Bike Sdn Bhd berkata: "Kami telah menyokong secara aktif inisiatif Shell Malaysia selama bertahun-tahun dan akan memulakan program-program baharu yang lebih menarik pada tahun 2020 bersama Shell untuk melibatkan diri dengan kami Ducati dan juga komuniti penunggang motosikal yang lebih besar di Malaysia. "
 

 

Mereka yang ingin mendapatkan tiket ke MotoGP boleh mendapatkan tiket Hillstand berharga RM60 di stesen-stesen Shell terpilih. Untuk senarai stesen tersebut, layari www.shell.com.my/MotoGP

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen yang berlangsung bermula dari 1 Disember 2019 sehingga 9 Februari 2020 itu menawarkan para…
Berita Domestik
  Shell Helix HX8 0W 20 baharu menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan…
Berita Domestik
  Minyak enjin teknologi sintetik Shell Rimula R5 LE amat sesuai bagi penyelenggaran enjin diesel…