HONDA Raya BILLBOARD Banner Campaign March 2024
HONDA Raya BILLBOARD Banner Campaign March 2024

Sesi pandu uji 10 kereta bertukar ke sesi berlumba ditahan polis

oleh SALINA JALIL|
Tindakan tujuh lelaki menguji kelajuan kereta mewah masing-masing dengan berlumba sesama sendiri mengundang pada apabila mereka ditahan polis di kawasan rehat dan rawat (R&R) Beranang Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan, awal pagi hari ini (Khamis).


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, semua individu berusia 21 hingga 42 tahun itu ditahan anggota dan pegawai dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang menjalankan Op Khas Samseng Jalanan pada 2 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pemeriksaan terhadap individu terbabit mendapati mereka menggunakan 10 kereta mewah antaranya Nissan GTR R35, Mercedes Benz, Honda Civic, Toyota Vellfire, BMW dan Honda Jazz.

 

"Siasatan lanjut mendapati dua lelaki disyaki menjadi penganjur dan lima lelaki ditahan kerana memandu secara melulu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

 

"Lima lelaki yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala dua lelaki yang bertindak sebagai penganjur disiasat mengikut Seksyen 81(3) akta yang sama.

 

"Polis turut menyita enam kenderaan mewah yang digunakan untuk berlumba," katanya.

 

Menurutnya, polis terus komited untuk membanteras sebarang aktiviti perlumbaan haram atau pemanduan secara berbahaya kerana ia boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya.

 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…