Katanya, lelaki dipercayai pemandu treler didapati memarkir kenderaan beratnya di lorong kecemasan dan duduk bersila di lorong pertama di lebuh raya tersebut tanpa tujuan.
"Situasi itu menyebabkan berlaku kesesakan di lokasi kejadian dan mendatangkan bahaya kepada lelaki itu serta pengguna jalan raya .
"Sehubungan itu kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 dan pegawai penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379.
Video di bawah: