Servis motosikal anda di bengkel bergerak PETRONAS Sprinta

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

PETRONAS Lubricant Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad hari ini melancarkan satu unit bengkel motosikal bergerak pertama seumpamanya di Malaysia.

Berasaskan konsep cepat dan santai, serta menggunakan khidmat teknikal profesional, bengkel bergerak ini akan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia.

Perasmian bengkel ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato' Syed Zainal Abidin.
 


Ia diubahsuai daripada kontena bersaiz 20 kaki dan diberikan suntikan imej trendy dan santai sesuai untuk pengguna motosikal menanti motosikal mereka siap diservis.

Pada masa yang sama, PETRONAS turut melancarkan peraduan "PETRONAS Sprinta Bonanza 2019" bersempena musim baru MotoGP, menyediakan hadiah bernilai RM300,000 termasuk hadiah utama berupa Yamaha R6, dengan liveri pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha SRT.

Di samping itu, pengguna juga berpeluang untuk membawa pulang Yamaha R25 serta hadiah bulanan Yamaha Y15ZR.

 


Maklumat lanjut mengenai jadual bengkel bergerak PETRONAS Sprinta dan peraduan "PETRONAS Sprinta Bonanza 2019" boleh didapati menerusi laman sosial PETRONAS Brands dan www.mymesra.com.my