Sertai perhimpunan Beetle terbesar di Malaysia!

oleh SALINA JALIL|
Buat julung-julung kalinya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan acara perhimpunan Beetle, An Iconic Gathering. Semua pemilik Beetle dari semua latar belakang dijemput untuk meraikan model klasik itu akan diadakan di tempat parkir kenderaan terbuka di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 13 Julai 2019.


Volkswagen ingin memecahkan rekod sedia ada perhimpunan Beetle terbesar di Malaysia yang akan diadakan di Putrajaya. Dengan itu, ia menjemput semua pemilik model klasik dan Beetle terkini untuk turut sama merealisasikan usaha tersebut.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sambutan itu akan dimulakan dengan konvoi Beetle Sunshine Tour yang melibatkan sebanyak 100 buah Beetle dan dilepaskan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Konvoi itu akan melalui jalan-jalan di Segi Tiga Emas sebelum bergerak ke Putrajaya di mana ia akan menyertai Beetle yang lain di Istana Kehakiman. 

 

Acara Beetle: An Iconic Gathering dibuka kepada semua pemilik Beetle. Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web Volkswagen https://bit.ly/2X2poH7 . Penyertaan adalah percuma dan  aturcara akan diberikan ketika pendaftaran dalam talian dibuat. Semua peserta juga akan menerima sijil penyertaan daripada Volkswagen.
 

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Volkswagen akan menamatkan pengeluaran produksi Beetle yang sangat digemari pada tahun ini. Kami ingin memberikan ucapan selamat jalan kepada model terlaris ini dengan meraikan warisannya.

Justeru, kami ingin menjemput pemilik dan peminat Beetle untuk sama-sama berkumpul, sekali gus memecahkan rekod dan meraikan Bug kegemaran dunia ini.  

 

“Ini merupakan peluang terbaik untuk peminat Beetle melihat sendiri model Beetle klasik dan terkini dalam pelbagai bentuk penampilan. Kebanyakan daripadanya sudah menerima sentuhan tersendiri untuk disesuaikan dengan personaliti pemiliknya yang penuh warna-warni,” kata Erik. 

 

Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, Beetle dianggap sebagai ikon automotif yang original. Ia telah menikmati kejayaan selama 80 tahun dengan lebih 21.5 juta terjual di seluruh dunia.  

 

Maklumat lanjut mengenai Beetle, sila layari laman web https://www.volkswagen.com.my/beetle/byebyebeetle atau klik https://bit.ly/2X2poH7 untuk mendaftar. 

 

*nota:  Gambar utama dari facebook Beetle Club Malaysia  dan gambar kedua dari surfingart.com.au
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…