Sertai Peraduan Petron dan Guardian-hadiah bernilai RM580k untuk dimenangi

oleh DIANA ISMADI|

Petron dengan kerjasama Guardian, pembekal produk kecantikan, penjagaan diri, dan kesihatan terbesar di Malaysia menawarkan ganjaran ubahsuai rumah percuma bersama-sama dengan ganjaran hebat lain yang bernilai hampir RM580,000 melalui Peraduan Home Makeover “Fuel and Refresh”.

 

Lima puluh pelanggan bertuah berpeluang merealisasikan dekorasi rumah impian mereka dengan hanya menyertai promosi ini yang berlangsung dari 6 Julai hingga 7 September 2017. Bukan itu sahaja, bahan api percuma dari Petron beserta dengan baucar tunai dari Guardian dan mata ganjaran Petron Miles turut ditawarkan kepada pemenang-pemenang bertuah yang lain.

 

“Kami komited untuk memberikan pelanggan-pelanggan kami lebih banyak nilai ganjaran setiap kali mereka mengisi minyak di stesen minyak Petron sebagai penghargaan atas sokongan berterusan yang diberikan oleh mereka. Oleh yang demikian, kami buat julung kalinya bekerjasama dengan Guardian untuk memberikan pelanggan-pelanggan kami lebih penjimatan, dan ganjaran, justeru meningkatkan lagi pengalaman ‘Fuel Happy’ berharga bersama Petron,” kata Ketua Dagangan Runcit, Puan Faridah Ali.

 

Promosi ini merupakan kali pertama Petron bekerjasama dengan Guardian yang mempunyai lebih 400 cawangan di seluruh negara. Guardian diiktiraf secara meluas di Malaysia sebagai syarikat yang menawarkan produk yang berkualiti dan berpatutan.

petron

 

Cara-cara untuk menyertai peraduan ini;

  • Isi minyak Petron sekurang-kurangnya RM10 dengan menggunakan Kad Petron Miles atau
  • Belanjakan RM10 di mana-mana cawangan Guardian melalui web membeli-belah talian Guardian dan isi borang penyertaan (penyertaan mestilah dihantar sebelum 7 September)

 

Seramai 50 pemenang bakal memenangi ganjaran bernilai RM580,000 yang merangkumi; Ubahsuai rumah kediaman percuma yang bernilai lebih daripada RM50,000 untuk sepuluh pemenang utama; bahan api Petron percuma setahun yang bernilai RM4,000 untuk pemenang tempat pertama; produk Guardian percuma yang bernilai RM2,000 untuk 10 pemenang tempat kedua; dam mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000 untuk 20 pemenang tempat ketiga.

 

Pemegang Kad Petron Miles diberi mata ganjaran setiap kali mereka isi minyak di Petron beserta dengan diskaun dan ganjaran eksklusif daripada rakan-rakan kongsi Petron. Mata ganjaran yang diperoleh boleh ditebus untuk membeli bahan api prestasi tinggi Petron seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97 Euro 4M, Blaze 95, Turbo Diesel Euro 5, dan Diesel Max di lebih 580 stesen minyak Petron di seluruh negara.

 

Rakan-rakan kongsi Petron termasuklah AmGen-Kurnia, Agoda, Zalora, Lebuhraya PLUS, Malaysia Airlines, Air Asia Big, Taman Tema Sunway di Lost World of Tambun dan Sunway Lagoon, dan Tema Tarikan Malaysia seperti Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town, Legoland, antara lain.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Petron Malaysia telah menganjurkan tayangan filem eksklusif buat siri filem Marvel yang paling…
Berita Domestik
Pengembaraan ini mengumpulkan lebih 20 orang penulis media dan blogger untuk memandu sepanjang 280…
Berita Domestik
Kolaborasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan tayar pada…