Serlahkan gaya Defender anda dengan kit talaan khas dari Land Rover

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Land Rover sedang sibuk mempersiapkan kehadiran generasi baharu Defender, jauh di sudut hati peminat, mereka masih sayangkan rekaan klasik Defender sedia ada.

Ini adalah antara sebab kenapa generasi terdahulu Defender masih lagi gagah melata di atas jalan raya, disebabkan rekaannya yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas itu. 

Buat para pemilik Defender, Land Rover kini melancarkan siri pakej naik taraf yang dihasilkan khusus buat SUV off-road ikonik itu.

 


Dibangunkan khas untuk model Defender 90 dan Defender 110 yang dibina dari tahun 1994 sehingga 2016, pakej tersebut dikatakan mengambil inspirasi daripada model Defender Works V8 edisi ulang tahun ke-70

Untuk naik taraf Defender anda, Land Rover menawarkan beberapa opsyen seperti rim aloi Sawtooth bersaiz 18 inci serta Defender Suspension Upgrade Kit yang dibangunkan khusus buat model Defender 2020. 

Terdapat juga Defender Handling Upgrade Kit yang merangkumi brek cakera, pad brek dan juga angkup brek. 
 


Untuk mereka yang inginkan kuasa, Defender Classic Works Upgrade Kit menawarkan aksesori yang komprehensif termasuklah ciri yang disebutkan di atas tadi. 

Namun, senarai tersebut tidak lengkap tanpa kehadiran tayar berprestasi tinggi dan kit talaan terhadap enjin 2.2 liter TDCi yang mampu meningkatkan kuasa kepada 159 kuasa kuda dan 463 Nm daya kilas. 

Kesemua kit naik taraf ini didatangkan dengan pakej lencana khas, sijil pemilikan, pemeriksaan menyeluruh serta majlis penyerahan khas yang boleh dipilih sama ada di fasiliti Land Rover Classic di UK atau di Essen, Jerman. 
 


Harga pula masih belum diketahui, namun untuk pengetahuan anda, set rim 18 inci itu sahaja berharga kira-kira £432 (RM2,170) di pasaran Eropah.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkan model baharu Land Rover Defender itu dalam…
Berita Global
Land Rover Defender dibangunkan berdasarkan platform monocoque D7x dan bakal ditawarkan dalam…
Berita Global
Tidak sabar pula rasanya untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana Jaguar Land Rover menjelmakan…