Serlahkan bakat terpendam anda di Toyota Gazoo Racing Velocity Esports Championship!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada musim ketiga Vios Challenge, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) bakal membawakan kepada anda perlumbaan alam maya Toyota Gazoo Racing (TGR) Velocity E-Sport Championship pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan sambutan yang cukup hangat daripada peserta dan juga orang ramai, UMWT berbesar hati untuk menganjurkan kejuaraan perlumbaan TGR Velocity E-Sport Championship untuk musim kedua. 

Menurut Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor berkata, "E-Sukan merupakan salah satu industri yang berkembang pesat di Malaysia, dan di peringkat serantau dan juga global. 

"Kami juga berasa amat berbangga dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai terhadap acara TGR Velocity Esports Championship tahun lalu yang merupakan penganjuran terbesar di dalam negara.

"Untuk tahun ini, kami yakin cabaran akan menjadi semakin sengit, dengan penyertaan lebih banyak peserta di dalam perlumbaan ini," tambah beliau.
 


Untuk tahun ini, TGR Velocity Esports Championship terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. 

Format perlumbaan pula akan bermula dengan fasa masa percubaan yang akan berlangsung di Cove Esports, Bandar Sunway pada 31 Ogos-1 September, dan pada 14-15 September ini. 

40 peserta yang terpantas akan berpeluang untuk memasuki pusingan akhir yang akan berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada 21-22 September.

Jentera yang bakal 'dipandu' ialah Toyota GT Supra 2019 atas Litar Fuji Speedway, litar terkemuka di Jepun dengan jarak 1.475 km dan mempunyai seksyen jalan lurus paling panjang di dunia. 

10 pelumba terpantas pula akan berentap sesama sendiri di dalam 10 pusingan perlumbaan di tiga litar terbaik; Kyoto Driving Park, Litar Suzuka dan juga Fuji Speedway. 

Juara bakal membawa pulang hadiah terkumpul bernilai sehingga RM70,000!
 


Untuk TGR Velocity Esports Championship, Thrusmaster selaku syarikat yang berpengalaman memproduksikan kayu ria, alat kawalan permainan dan stereng permainan video bakal menyediakan peranti simulasi perlumbaan T-GT yang turut digunakan pada Gran Turismo Sport dan permainan Gran Turismo. 

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan di dalam TGR Velocity Esports Championship ini, anda boleh melayari https://toyotavelocity.com/

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…