Serlah bakat terpendam anda dengan Pertandingan Pereka Muda Rolls-Royce

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pada ketika ini, Rolls-Royce Motor Cars ingin mencungkil bakat terpendam terutama di kalangan kanak-kanak untuk menyertai Pertandingan Pereka Muda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur 16 tahun, pertandingan ini bertujuan untuk mencabar imaginasi dan kreativiti anak muda, serta menzahirkan personaliti yang tersendiri dalam mereka bentuk sesebuah kenderaan yang paling luar biasa di dunia.

Tidak kira apa jua bayangan yang terlintas di fikiran, termasuklah pilihan cat, sulaman, rekaan headliner serta seni reka bentuk, semuanya tidak dihadkan oleh Rolls-Royce.

Pertandingan Pereka Muda ini merupakan kesinambungan terhadap acara yang dianjurkan dalam Sambutan Hari Keluarga Rolls-Royce saban tahun di Ibu Pejabat Rolls-Royce di Goodwood, England.

Acara tahunan ini ternyata mendapat sambutan yang cukup hangat daripada ibu bapa, serta anak muda yang ingin menunjukkan bakat yang terpendam.

Oleh sebab itu, Rolls-Royce membuka pertandingan ini kepada orang ramai di seluruh dunia sebagai salah satu aktiviti yang berfaedah sementara masing-masing mengamalkan penjarakan sosial sewaktu COVID-19.

Hasil reka bentuk boleh dihantar ke alamat yang tertera di  bawah:
http://rolls-royceyoungdesignercompetition.com

Tarikh tutup penyertaan pula adalah pada 18 Mei 2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…