Serikan ruang kerja anda dengan kerusi pejabat Mercedes-AMG, harga dari RM16k

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak PKP, penulis memerlukan sebuah kerusi yang mampu untuk memberikan keselesaan memandangkan sepanjang masa perlu menghadap komputer untuk menyelesaikan tugasan harian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak banyak kerusi pejabat yang mampu memuaskan hati dengan tanda harga yang berbaloi.

Namun untuk mereka yang tidak kisah menghabiskan wang sebanyak RM15 ribu, boleh dapatkan kerusi pejabat yang dihasilkan oleh Mercedes-AMG ini.
 

AMG


Mercedes-AMG Office Chair ini mempunyai berat sekitar 39 kg, namun tidak seperti tempat duduk di dalam kereta, kerusi ini hanya didatangkan dengan larasan manual sahaja.

Namun, ia masih lagi didatangkan dengan balutan bahan berkualiti tinggi seperti kulit sintetik Artico dan gentian mikro Dinamica, disulami dengan jahitan hiasan berwarna merah yang menambahkan lagi rupa paras sporti kerusi ini, serta diakhiri dengan lencana keluli AMG.

Kerusi pejabat ini boleh ditempah menerusi laman web khas dengan harga jualan bermula dari €3,500 (RM15,832).

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, Volkswagen telah menghasilkan sesuatu yang boleh dikatakan unik dan pelik untuk…