Seribu kereta di WiraDay Gong Badak

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasan Gong Badak, Kuala Trengganu tempohari digegarkan dengan deruman lebih dari 1,000 buah kereta.

Acara Program Santai WiraDay Volume 2 yang dianjurkan oleh Kelab Concept MDM JDM yang memberi fokus kepada kenderaan jenis Proton Wira itu berlangsung di tapak parkir Giant Gong Badak pada 2 November lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lebih kurang 30 kelab kenderaan menyokong aktiviti tersebut dan ia tidak hanya membabitkan Proton Wira sahaja. Turut memeriahkan suasana acara tersebut ialah Kelab 3Diamond, Prosift, Dolphin dan Civic EFCM Terengganu.

 

 

Acara tidak akan mampu dilakukan tanpa sokongan penaja-penaja dan kali ini, antara syarikat yang memberikan tajaan ialah Soki Ekzos, SFSM Workshop, Max Oil, Shahrul Car Accessories, Mamat Temerloh, Paliey Plate dan Carroof Motorsport.

Jurufoto Shah Adam turun ke Trengganu bagi mengambil gambar akan perkumpulan tersebut.

Tahniah kami ucapkan kepada Ahmad Zukhairi, penganjur dan juga team Concept MDM JDM.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Mereka mengaku antara pemandu yang terbabit memotong barisan di Jalan Sunggala-Sua Betong…
Berita Domestik
  “Ia merupakan jumlah yang paling rendah pernah dilaporkan berbanding pada tahun 2019 iaitu…
Berita Domestik
  Menurut salah seorang pemilik kenderaan, Ong Wan Seng,50, kejadian itu berlaku pada jam 3 petang…