Serangan siber - produksi global Honda terjejas

oleh Mohamad Hanif|
Honda Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan pihak mereka sedang bekerja keras bagi menangani serangan siber yang menyebabkan operasi produksi mereka lumpuh seketika di seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan yang dipetik daripada BBC News, serangan terhadap jaringan perhubungan syarikat tersebut menghalang akses kepada server komputer, emel dan segala urusan yang menggunakan sistem dalaman.

Ia juga turut memberikan impak kepada sistem produksi di luar Jepun.

Merujuk kepada pakar sekuriti dari firma Sentinel One, Morgan Wright berkata, "kes ini memiliki persamaan seperti kes ransomware Ekans, atau Snake yang direka untuk menyerang sistem kawalan jaringan industri.

"Ini memaksa Honda untuk menghentikan buat sementara waktu proses produksi dan menghantar pekerja pulang ke rumah sementara masalah tersebut diselesaikan.

Walaubagaimanapun, Honda menjamin tiada data yang tertiris akibat serangan siber ini dan impak yang ditimbulkan adalah minima.

Menurut Honda, kes ini melibatkan kilang mereka yang terletak di Ohio, Turki, serta kilang pemasangan motosikal di India dan Amerika Selatan.

Sementara itu, operasi di Jepun tidak terjejas, dan beberapa kilang Honda di Amerika Syarikat sudah pun memulakan kembali operasi.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu tempoh jangka hayat yang agak panjang untuk sesebuah generasi kereta moden. Setelah…
Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…