Serangan kutu busuk punca rakyat Australia lambat dapat kereta baru

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan, sumber NYTimes
Sudahlah terpaksa menunggu kehadiran kereta baharu selama berbulan-bulan disebabkan krisis kekurangan cip semikonduktor, malang baharu pula kini menimpa rakyat Australia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada ABC News, penghantaran kenderaan baharu ke Australia yang menggunakan perkhidmatan kontena mungkin terpaksa dilewatkan dengan lebih lama disebabkan terpaksa memerangi spesies kutu busuk yang menyerang kapal kontena.

Kutu busuk berwarna perang itu mempunyai musim aktif antara September sehingga April, dan ini memaksa kawalan keselamatan bio yang perlu diperketatkan bagi memastikan setiap barangan dari pelbagai negara bebas daripada serangan serangga itu.
 

kutu
Sumber: Department of Primary Industries & Regional Development, Australia


Menurut ketua unit biosekuriti Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar, Andrew Tounge menjelaskan, serangan kutu itu mampu mengakibatkan kesan buruk kepada sistem pertanian Australia.

"Selain daripada memakan tanaman, ia juga berupaya untuk menumpang terbang dan menyerang pelbagai jenis tanaman, dan mudah pula untuk membiak dengan cepat sekiranya diperkenalkan ke kawasan baharu.

Kutu itu juga dikatakan mampu bersembunyi dalam bilangan yang besar di dalam bangunan dan peralatan selama berbulan-bulan dalam keadaan dorman, sebelum terdedah kepada suhu yang lebih hangat untuk kembali aktif dan menyebabkan kerosakan.
 

GTR


Namun, kelewatan itu tidak mampu menyebabkan rakyat Australia untuk terus membeli kereta baharu, di mana angka tersebut melonjak 21 peratus pada bulan September ketika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut laporan daripada Federal Chamber of Automotive Industry, rakyat Australia direkodkan membeli sebanyak 83,312 unit kenderaan baharu pada bulan September, meskipun industri dilanda krisis kekurangan bekalan cip.

Masalah kekurangan stok kenderaan disebabkan cip semikonduktor juga turut menyumbang kepada kenaikan harga kenderaan terpakai sebanyak lima hingga 10 peratus ketika pandemik.

Sumber: ABC News