Serangan ke atas SPAD diteruskan - Shamsubahrin

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk terus menegur pegawai SPAD dan menyatakan dengan lantang sekiranya dia tidak terpilih menjadi Pengerusi SPAD atau menjadi Penasihat kepada Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Dengan memberi amaran kepada Isa Samad agar menjalankan tugas dengan berkesan, Shamsubahrin yang juga merupakan Pengasas dan Penasihat Perkhidmatan Big Blue Taxi mengingatkan bahawa bidang pengangkutan awam adalah melibatkan kepentingan awam termasuk pemilik lesen permit dan operator pengangkutan.

“Perlu diingatkan SPAD atau industri pengangkutan awam bukan bidang perladangan atau pun konglomerat di papan utama. Jadi saya akan memerhatikan dengan teliti cara dan prestasi Isa Samad di SPAD,” katanya, sambil mengingatkan pemberita mengenai prestasi Isa yang hambar di FGV.

“Sebelum ini, ramai tahu bahawa saya selalu ‘serang’ SPAD. Tapi saya lakukan itu kerana SPAD tidak menjalankan penguatkuasaan, terutamanya.”

 

Shamsubahrin 2

 

“Apabila terdapat penguatkuasaan pula, SPAD hanya menjalankan ‘enforcement’ secara terpilih menjurus lebih cari kesalahan pemandu teksi dan bukannya mendisiplinkan pemandu teksi atau mantapkan industri teksi,” kata Shamsubahrin.

“Malahan, pemandu Uber dan Grab tidak pula ditahan walhal e-hailing masih lagi belum sah di sisi undang-undang. Adakah itu juga SPAD tidak dapat lihat? Apa SPAD buat? Tidur ke?”

“Apabila saya menjadi Penasihat atau Pengerusi SPAD, saya akan cari penyelesaian saksama dan tidak hanya menumpukan untuk menjayakan perkhidmatan e-hailing sahaja.”

“Jadi sekarang jika SPAD tidak laksanakan sebaiknya untuk perkhidmatan e-hailing termasuk industri teksi, saya akan lancarkan ‘Round 2’ serangan terhadap SPAD.  I will go on the attacking mode against Isa Samad,” tegasnya, sejurus selepas pertanyaan pemberita Careta.my mengenai ‘peperangan terbuka’ Shamsubahrin terhadap bekas Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar sejak 2014.

Namun katanya, “Syed Hamid ada pengetahuan baik mengenai undang-undang. Tetapi Isa Samad apa dia ada? Apa yang dia tahu tentang pengangkutan awam atau teksi mahu pun pengangkutan rel?”

“Saya yakin Isa Samad sudah tentu akan jaga kepentingan perkhidmatan Uber dan Grab kerana mereka adalah dibawah GLC (government-linked company),” tambah Shamsubahrin, yang merujuk kepada pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan di dalam Uber serta kerjasama rapat Khazanah dan agensi kerajaan bersama Grab.

Pengumuman tersebut dibuat di dalam sidang akhbar pagi ini di pejabatnya di Wisma Central KLCC, sehari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Shamsubahrin daripada semua pertuduhan iaitu lima tuduhan menipu dan pengubahan wang haram melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).


Penulis sumbangan: Yusuf Ismail, Contributing Editor, Careta Media

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono, penunggang…
Berita Domestik
Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd bakal menggunakan kereta elektrik untuk perkhidmatan teksi di…
Berita Domestik
Pengasas dan Penasihat Perkhidmatan Big Blue Taxi Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini telah…