SEPULUH PERKARA YANG MUNGKIN PEMILIK TOYOTA TIDAK TAHU!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada barisan produk yang boleh dipercayai, aspek khidmat selepas jualan merupakan satu penentu tahap kesetiaan pelanggan kepada sesebuah jenama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Disebabkan itu, ramai di antara kita yang masih lagi setia dengan Toyota, satu jenama yang tidak asing lagi dalam bab kebolehpercayaan selain produk yang tahan lasak.

Untuk memastikan pengalaman pemilikan dan khidmat selepas jualan menyeluruh yang terbaik, Toyota menyediakan Extra Mile yang menyajikan manfaat berikut:
 

Pembelian

Toyota


1. Toyota Insurance Package - menyediakan manfaat seperti khidmat tunda percuma 24 jam, kelulusan tuntutan insurans dalam tempoh 24 jam, serta tiada caj penambahbaikan sehingga tempoh 12 bulan!
2. Toyota Service Savers - pakej servis yang menarik untuk tempoh tiga hingga lima tahun, dengan penjimatan yang bukan sahaja boleh dinikmati pelanggan baharu, malah untuk pelanggan sedia ada.
3. Toyota Financial Packages - mulakan pemilikan sebuah kereta Toyota dengan pelan kadar tetap, atau ansuran bulanan yang rendah hinggalah kepada pinjaman pembiayaan Islam sehingga 100 peratus.

 

Servis dan penyelenggaraan

toyota


1. Toyota Quality Service - pakej penyelenggaraan yang menyeluruh, dan tidak membebankan pemilik untuk setiap enam bulan atau 10,000 km (yang mana tiba dahulu).
2. Toyota Care Plus - perkhidmatan penyelenggaraan yang lebih diperibadikan untuk memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan lancar.
3. Toyota Genuine Parts - UMW Toyota menjamin kereta anda bebas daripada sebarang penggunaan alat ganti tiruan sekiranya anda menghantar kereta di mana-mana pusat servis bertauliah.
4. Badan & Cat - dengan kelengkapan moden serta juruteknik bertauliah, Pusat Servis Badan & Cat Toyota merupakan pakar dalam memulihkan keadaan badan serta mengecatnya kembali kepada keadaan asal, seperti baru keluar kilang!


Pemilikan

TOYOTA


1. Toyota 24Seven Road Assist - perkhidmatan yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor yang menawarkan bantuan tepi jalan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, pembaikan kecil di lokasi kejadian serta khidmat tunda secara percuma.
2. Loyal-T - program kesetiaan pelanggan ini membolehkan pemilik mengumpulkan mata ganjaran setiap kali selepas membuat pembelian, penyelenggaraan, pembaikan atau sekadar memperbaharui insurans kereta.
3. Toyota VTS - Sistem Telematik Kenderaan yang mampu menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh bukan sahaja untuk kereta, malah menjadikan perjalanan yang lebih selamat untuk anda dan keluarga anda.


Mahukan semua manfaat di atas?

Vios


Bersempena dengan musim perayaan akhir tahun yang bakal menjelang, UMW Toyota Motor menawarkan promosi hebat.

Anda boleh mendapatkan sebuah Toyota Yaris baharu pada harga serendah RM498/bulan atau Toyota Vios pada harga serendah RM598/bulan, selain tambahan rebat RM4,000 untuk varian terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, kunjungi sahaja pusat pameran Toyota yang berhampiran untuk menikmati promosi menarik kenderaan idaman hati.

Alternatifnya, anda boleh melayari laman web Toyota Extra Mile di alamat:
https://www.toyota.com.my/en/servicing-and-support/extra-mile.html

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Berita Global
Dengan pelbagai elemen pantas diwujudkan pada model tersebut, tidak menghairankan apabila 911 S/T…