Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan.
Kedua-duanya helikopter itu dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.
Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.
Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, mana kala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.