Seperti seorang bos sebenar - Akio Toyoda tampil dengan Toyota Century GRMN

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai seorang yang memegang jawatan tertinggi di dalam syarikat automotif paling popular di dunia, Akio Toyoda tahu bagaimana untuk tampil dengan lebih bergaya untuk setiap acara yang dianjurkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bak kata orang putih, "Like A Boss".

Ketika Festival Toyota Gazoo Racing yang diadakan di Jepun tahun lalu, beliau mengambil kesempatan untuk hadir di dalam sebuah kereta rasmi beliau, Century yang ditala oleh GRMN. 

Merupakan satu-satunya Toyota Century yang menerima sentuhan dan talaan daripada GRMN, ia menampilkan bumper hadapan serba baharu, dengan bukaan ruang ambilan udara yang lebih besar serta rim aloi yang sporty. 

 


Tidak pula nampak janggal apabila sebuah limosin mewah daripada Toyota tampil lebih sporty dan lebih rendah berbanding adik beradiknya. 

GRMN tidak mendedahkan secara khusus talaan yang telah mereka lakukan, namun berdasarkan kertas spesifikasi kereta mafia Jepun itu, sebuah Toyota Century standard mempunyai nadi bentangan 2UR-FSE 5.0 liter V8 yang mampu menghasilkan 376 kuasa kuda dan 510 Nm daya kilas. 

Sistem hibrid motor elektrik pula memberikan kuasa tambahan 221 hp dan 300 Nm, menjadikan Toyota Century mampu menghamburkan kuasa keseluruhan sebanyak 425 kuasa kuda!