Sepanyol - Kuatkuasa peraturan had laju maksimum pada 30 kilometer sejam

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Sepanyol menguatkuasakan peraturan had laju maksimum 30 kilometer sejam di jalan-jalan di kawasan bandar, di seluruh negara itu minggu ini.

Menurut anggaran pihak berkuasa trafik nasional, peraturan baharu itu melibatkan antara 60 hingga 70 peratus jalan raya di Sepanyol.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

 

Langkah tersebut dilaksanakan selepas satu dekri diraja mengenainya diluluskan oleh kerajaan pusat di Sepanyol pada November tahun lalu.

 

Ia melibatkan jalan raya dua lorong arah kedua-dua hala.

 

Jalan yang mempunyai kaki lima pada ketinggian sama akan mempunyai had laju 20 kilometer sejam sahaja.

 

Kelajuan untuk jalan raya yang mempunyai dua atau lebih lorong pada satu hala pula ditetapkan sebanyak 50 kilometer sejam.

 

Langkah drastik itu dilaksanakan bagi mengurangkan bilangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya di Sepanyol.

 

 

 

– Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, Ferrari Enzo telah direka bentuk oleh orang bukan berdarah Itali, iaitu Ken Okuyama di…
Informasi
Sehubungan dengan itu, perintah penurunan had laju kebangsaan akan dikuatkuasakan dimana ia kini…
Berita Global
Bercakap kepada media Jerman, Menteri Pengangkutan Volker Wissing menjelaskan langkah…