Sepanyol bakal labur US$5.1 bilion untuk hasilkan EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Sepanyol kini termasuk dalam kelompok negara yang mahu menghasilkan kenderaan elektrik (EV) sendiri.

Cadangan itu melibatkan sebanyak US%5.1 bilion dan termasuk di dalam program belanjawan negara yang akan dibantu oleh Dana Pemulihan Kesatuan Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata semalam rancangan yang akan beroperasi di bawah kerajaan Sepanyol itu akan membabitkan kesemua rantaian bekalan komponen, termasuk kilang bateri pertama untuk negara tersebut.

"Adalah penting untuk Sepanyol bertindak dan terbabit di dalam transformasi sektor automotif Eropah ini," ujar Sanchez.

Sektor swasta dijangka akan turut memulakan pelaburan mereka sendiri seawal 2021 sehingga 2023.

Sepanyol sebenarnya ialah pasaran automotif kedua terbesar selepas Jerman, dan kelapan di dalam pasaran automotif global.

Program itu mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk 140,000 orang dan meningkatkan ekonomi negara itu antara 1 ke 1.7 peratus.

Sasaran yang diberikan ialah 250,000 pendaftaran EV menjelang 2023. Tahun lalu, Sepanyol melaporkan pendaftaran EV sebanyak 18,000 unit sahaja, jauh berbeza dengan sasaran lagi dua tahun itu.

Sepanyol bakal menerima geran bernilai 70 bilion Euro sehingga 2026 dari dana pemulihan ekonomi bernilai 750 bilion Euro dari Kesatuan Eropah.

Negara itu mempunyai jenama kenderaannya sendiri, SEAT di bawah Kumpulan Volkswagen). 

* Laporan penuh di Reuters.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Eropah lain pula ceritanya. Menurut laporan Periodismo del Motor, produksi kenderaan di kilang…
Berita Global
  Kerajaan Sepanyol menyifatkan langkah syarikat itu amat membimbangkan.   Menurut jurucakap…
Berita Global
Nissan seperti contoh melaksanakan projek "Second Life" dengan mengumpulkan pek-pek bateri terpakai…