Sepanjang tempoh PKP dan PKPB: 26,366 ditahan, 20,720 didakwa, 10,875 dikompaun

oleh SALINA JALIL|
Seramai 26,366 individu ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata daripada jumlah itu seramai 20,720 individu dituduh di mahkamah di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dalam tempoh PKP bermula 18 Mac lalu hingga PKPB yang tamat semalam, seramai 10,875 individu pula sudah dikenakan kompaun.

 

"Seramai 3,098 individu dikompaun di balai polis dan seramai 1,762 individu dikompaun di lapangan atas kesalahan yang dilakukan" katanya pada sidang media JSJ, Bukit Aman, di sini, petang semalam.

 

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan sehingga dikenakan kompaun itu adalah kerana melanggar perintah kawalan pergerakan seperti ziarah Aidilftiri dan kesalahan lain yang melanggar peraturan PKP dan PKPD.

 

"Kita menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19," katanya.

 

Huzir turut menegaskan bahawa pasukan pemantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan penguatkuasaan yang ditetapkan supaya masyarakat menjaga jarak sosial.

 

"Ini termasuk kunjungan tidak lebih 20 individu ke atas sebuah rumah, berkumpul tanpa menjaga jarak serta segala kesalahan yang melanggan PKPP.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…