Sepang ragut satu lagi mangsa - Afridza Munandar

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pelumba Indonesia, Afridza Munandar, 20, maut selepas terlibat di dalam kemalangan semasa perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) petang tadi di Litar Antarabangsa Sepang.

Insiden tersebut terjadi di selekoh 10 semasa Lap 1. Beliau menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur menggunakan helikopter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
sepang track motogp

 

Afridza meninggal dunia di hospital tersebut akibat kecederaan beliau. Laporan tidak rasmi menyatakan beliau terjatuh dan mampu bangun kembali, tetapi dilanggar oleh pelumba terakhir.

Beliau ialah salah seorang pelumba muda yang sedang meningkat naik di dalam kejuaraan IATC 2019. Afridza mendapat dua kali juara, dua kali di tempat kedua dan dua kali di tempat ketiga di dalam IATC tahun ini.

Takziah dari Careta untuk keluarga, sahabat handai dan peminat beliau.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sebagai sebahagian daripada perancangan besar itu, dua syarikat yang dimaksudkan telah menubuhkan…
Berita Domestik
Dalam majlis yang sama, Kawasaki Motors turut menandatangani perjanjian persefahaman bersama…