Sepang mungkin jadi litar siri V8 Supercars pada 2018

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Litar antarabangsa Sepang (SIC) mungkin akan menjadi gelanggang perlumbaan terkenal Australia iaitu V8 Supercars menjelang 2018 nanti.

Jentera V8 Supercars

 

 

Ketua pegawai eksekutif SIC, Razlan Razali telah berjumpa dengan ketua siri perlumbaan V8 Supercars, James Warburton minggu lepas untuk perbincangan penganjuran di Sepang.  

 

Menurut laporan laman web speedcafe.com, laman web Australia yang kerap melaporan kegiatan sukan V8 Supercars, SIC sedang berbincang dengan pemilik sukan bermotor itu untuk menganjur perlumbaan itu dan menjadikan Malaysia pusingan rasmi V8 Supercars.

James Warburton

 

V8 Supercars memang sudah lama mahu mengembangkan siri pusingan perlumbaannya ke negara-negara di Asia. 

 

Sebelum ini, mereka sudahpun mempunyai perancangan untuk mengadakan pusingan Asia di Kuala Lumpur, melalui acara KL City Grand Prix, tetapi rancangan ini tergendala disebabkan oleh masalah perundangan antara penganjur-penganjur KL City Grand Prix.

 

Pada tahun 2015, V8 Supercars telah membuat perlumbaan pertunjukkan di hadapan KLCC menggunakan lima kereta terpantas dalam siri itu.

ketua SIC, Razlan Razali

 

“Saya memang minat V8 Supercars,” kata Razlan, yang berkunjung ke Australia minggu lepas, menurut speedcafe.com. “Saya mahu mereka berlumba di Sepang tetapi kita harus memastikan penganjuran ini dapat menguntungkan kedua-dua pihak,” tambahnya lagi.

 

SIC tahun ini akan menganjur perlumbaan Formula One nya yang terakhir.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dicipta untuk merebut tempat teratas sebagai jentera produksi terpantas di dunia, rekaan badan…
Berita Domestik
Menurut laporan supercars.com, kereta tersebut digunakan Jamie Whincup yang berjaya merangkul…