Sepang kembali anjur F1 2022?

oleh Mohamad Hanif|
Susulan pembatalan kontrak GP Russia oleh F1, nama Sepang International Circuit (SIC) kini menjadi topik bualan tersohor di laman mikroblog Twitter.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia kemudian diperkuatkan lagi dengan laporan daripada Tarmac Sports Malaysia yang menyatakan pihak SIC telah mengadakan mesyuarat tergembar berkenaan penganjuran semula sukan F1 tersebut di tanah air.

Setakat ini, pihak F1 tidak menyebut lokasi mana yang bersesuaian bagi menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh GP Russia.
 

F1


Mengikut kalendar perlumbaan 2022 yang asal, setelah pusingan ke-16 berlangsung di Itali, pusingan ke-17 F1 akan berlangsung Sochi, Russia pada 23-25 September, sebelum ia diteruskan di Singapura pada 30 September hingga 2 Oktober, dan Jepun pada 7-9 Oktober.

Jadi, mengikut kitaran tersebut Litar Antarabangsa Sepang dikatakan calon yang amat bersesuaian bagi menggantikan GP Russia yang telah pun dibatalkan susulan konflik Russia-Ukraine baru-baru ini.

Kali terakhir SIC menganjurkan sukan F1 adalah pada tahun 2017, dan kontrak tidak dilanjutkan pada ketika itu disebabkan kos operasi yang terlalu tinggi disamping penurunan jualan tiket.
 

SIC


Sumber: Tarmac Sports Malaysia

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Sukan Bermotor
Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk…
Sukan Bermotor
Sehubungan dengan itu, pihak Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas dari tiga lokasi (Pasar…