Seoul Motor Show: Hyundai pamer Sonata 1.6 Turbo & versi hibrid dengan panel bumbung solar!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara Seoul Motor Show 2019 sedang berlangsung di mana pengeluar automotif dari negara berkenaan mempamerkan model Hyundai Sonata 1.6 Turbo, tambahan kepada variasi Sonata generasi baharu. 

Dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 1.6 liter turbo, ia mampu menjana kuasa sekitar 180 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan, manakala transmisi automatik pula bakal ditawarkan sebagai pilihan. 
 


Apa yang membezakan versi turbo dengan varian standard yang diperkenalkan bulan lalu ialah penggunaan mesh grille yang digelar sebagai Parametric Jewel serta liang udara yang terletak di bawah lampu utama bertindak menyalurkan aliran udara bagi mengurangkan geseran. 

Di bahagian belakang pula, tetapan sistem ekzos berkembar dan rekaan bumper yang unik menyerlahkan lagi penampilan Sonata 1.6 Turbo ini. 
 


Selain daripada versi Turbo, Hyundai juga turut mengambil kesempatan memperkenalkan versi Sonata hibrid yang didatangkan dengan panel bumbung solar. 

Hyundai mendakwa bumbung solar ini mampu memberikan tenaga kepada Sonata untuk berjalan sejauh 1,300 km setahun, walaupun tiada sebarang maklumat tambahan diberikan. 

 


Hyundai Sonata hibrid juga menampilkan rekaan yang berbeza daripada varian standard dan turbo, seperti rekaan gril radiator dan bukaan liang udara yang lebih kecil. 

Baca: Hyundai Sonata pamer penggunaan platform baharu

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, terdapat ura-ura Hyundai Motor Group mahu menghentikan penjualan bagi tiga…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja yang akan diproduksikan di mana sedan segmen D ini menampilkan kemasan…