Seorang wanita maut, pemandu Alza rempuh gerai daging positif dadah!

oleh SALINA JALIL|
Pemandu lelaki yang merempuh gerai menjual daging di Jalan Pasir Mas-Meranti, Kampung Pohon Buloh, di Pasir Mas semalam yang mengakibatkan seorang wanita maut dan seorang peniaga cedera parah telah disahkan positif dadah.
Modenas

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphemine melalui ujian saringan air kencing.

 

Katanya, suspek yang berasal daripada Kampung Chenerong, Teluk Jering di Tumpat, memandu dalam pengaruh dadah menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan dan merempuh gerai selain mengakibatkan kematian Noriza Zakaria, 28.

 

"Suspek yang memandu Perodua Alza ditahan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 

"Akibat rempuhan terbabit juga, peniaga warga emas parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

 

"Polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas suspek yang bukan saja penagih dadah malahan memandu dalam keadaan merbahaya sehingga membawa maut kepada orang awam," katanya.

 

Mohamad Roy berkata, suspek yang mengalami kecederaan di lengan dan kaki turut mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Pasir Mas.

 

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada suspek yang hilang kawalan lalu merempuh kedai dan pelanggan yang berada di bahu jalan sebelah kanan.

 

"Tindakan suspek dianggap sebagai suatu kesalahan besar dengan memandu dalam pengaruh dadah, bukan saja menyalahi undang-undang malahan membahayakan pemandu lain serta meragut nyawa orang awam.

 

"Saya berharap kejadian sebegini dapat dijadikan iktibar selain tindakan keras akan diambil kepada individu yang melakukan kesalahan ini," katanya.

 

- Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sama sahaja bahayanya dan memperjudikan nyawa pengguna jalan raya yang lain, sudah sampai masanya hukuman yang lebih berat seperti sebatan dan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa yang terlibat perlu dijalankan, bukan setakat penjara dan denda sahaja -

 

HM

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, wanita berusia 29 tahun berkenaan turut meninggalkan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dalam kejadian jam 2…
Berita Domestik
  Penunggang dan pembonceng motosikal dilaporkan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah…