Seorang maut, sembilan cedera van terbalik

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG wanita maut manakala sembilan lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera setelah van yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbalik di Kilometer 178.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Bagan Serai petang tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berpunca daripada tayar van jenis Toyota Hiace yang dinaiki pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.22 petang.

Katanya, terdapat 10 mangsa dalam kenderaan itu terdiri daripada enam perempuan, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, bagaimanapun kesemua mereka tidak tersepit.

keadaan kereta yg kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan

Menurutnya, anggota bomba kemudian membuat rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mereka ke Hospital Taiping.

"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi yang diketuai oleh Komander Operasi PBK II Fauziah Baharudin itu tamat pada jam 7.56 malam.