Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu kenderaan turut parah dan seorang lagi penumpang cedera ringan.
"Kemalangan membabitkan kereta Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.
"Kenderaan yang turut dinaiki bersama dua penumpang dikatakan hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter," katanya, dalam kenyataan.
Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta dari Melaka mahu balik ke rumah di Palong 1, Gemas.
Akibat kemalangan, penumpang belakang seorang wanita berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandunya mengalami kecederaan patah tulang belakang dan penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan di kepala serta menerima rawatan awal di Hospital Tampin," katanya.
Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER : HarianMetro