SEORANG MAUT KERETA DIPANAH PETIR

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEORANG lelaki maut dengan anggota badannya hancur dalam kejadian sebuah kereta meletup dipercayai dipanah petir di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, Kota Bharu petang tadi.

Kejadian pada 5.38 petang itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat bagaimana pun tidak menolak kemungkinan kereta terbabit meletup akibat membawa mercun.

Ujar beliau, letupan itu menyebabkan mangsa maut dan tercampak sejauh 20 meter dari lokasi kejadian.

 

kejadian yang menggemparkan penduduk kg sireh

"Identiti mangsa belum dapat disahkan manakala empat lagi mangsa yang berada dalam kenderaan berlainan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan sebelum itu memaklumkan kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang berada di kawasan terbabit dipanah petir.

“Siasatan mendapati, sebuah kereta terputus dua dipercayai dipanah petir. Seorang mangsa disahkan telah meninggal dunia. 

"Ketika kejadian terdapat lima kenderaan di lokasi berhampiran yang turut terbakar. Cermin masjid berdekatan juga pecah akibat letupan kenderaan itu," katanya.

Pasukan bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi kejadian.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar