Seorang maut kemalangan tiga lori

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di KM367 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Slim River, awal pagi tadi.

Mangsa, Hoo Yoon Wah, 61, yang memandu lori muatan telur ayam disahkan maut di lokasi dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 5.45 pagi itu.

Kemalangan yang membabitkan dua buah lori membawa buah-buahan tersebut turut menyebabkan semua lorong di Lebuhraya Utara-Selatan dari laluan Sungkai ke Slim River terhalang dan aliran trafik di lebuh raya berkenaan terhenti sepanjang 13 kilometer.

 

Ketua Polis Daerah Muallim, Superitendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, tayar lori pecah dipercayai menjadi punca kemalangan.

 

"Mangsa memandu dari arah Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Selayang, Selangor, tiba di lokasi kejadian tayar kiri lori dipandunya pecah menyebabkan terlanggar lori kedua yang dipandu lelaki berusia 38 tahun di lorong kiri.

 

"Kedua-dua lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas menyebabkan lori buah berkenaan melintang di atas jalan dan menutup semua lorong," katanya.

 

Mangsa yang tersepit serta cedera di bahagian kaki disahkan meninggal dunia 

dan mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Slim River untuk dibedah siasat.