Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian kira-kira 10.15 pagi itu melibatkan tiga motosikal kuasa tinggi dan sebuah kereta.
Menurut beliau, tiga buah motosikal adalah peserta konvoi bersama beberapa buah motosikal berkuasa tinggi yang lain dalam perjalanan dari Segamat menghala ke arah Kluang.
Akibat kemalangan itu menyebabkan motosikal kedua terlanggar motosikal pertama dan terbabas.
Sebuah lagi motosikal yang datang juga terbabas setelah terlanggar serpihan-serpihan atas jalan raya kesan kemalangan akibat perlanggaran pertama dan kedua.
“Susulan kemalangan itu seorang mangsa lelaki berusia 64 tahun, cedera di bahagian leher dan organ dalaman badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa dari Pasir Gudang manakala penunggang dan pembonceng motosikal kedua iaitu seorang lelaki, 58, dan isterinya, 56, cedera.
Turut cedera penunggang motosikal ketiga seorang lelaki, 29, manakala pemandu kereta hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar dapat tampil membantu siasatan polis.
Maklumat boleh disalurkan di balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor 07-2212999 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4343999.
SUMBER : BuletinTV3