Sengaja rosakkan pagar LPT2 untuk buka laluan lembu ragut rumput, peruntukan RM5 juta untuk baik pulih pagar

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebanyak 174 kes kerosakan pagar dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejak 2017.


Pengurus Perniagaan Wilayah Timur LPT2 Sdn Bhd, Roszi Ibrahim berkata, keadaan itu menyebabkan pihaknya terpaksa memperuntukkan RM5 juta sejak 2018 bagi pemasangan pagar baru di lebuh raya berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pagar keselamatan itu dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selepas kerja pemotongan rumput di sekitar lebuh raya.

 

“Pihak kami akan meningkatkan kekerapan pemantauan di sepanjang lebuh raya terutama pada waktu malam bagi memastikan keselamatan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Kenyataan itu dikeluarkan berkaitan kes sembilan ekor lembu mati selepas dirempuh dua buah kenderaan dalam kemalangan di kilometer (km) 291.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan - Kuala Terengganu pada Jumaat lepas.

 

Berdasarkan maklumat dikongsikan kepada Astro Awani, ada pihak sengaja merosakkan pagar keselamatan untuk membuka laluan kepada lembu ternakan meragut rumput.

 

Akibatnya, ternakan bebas memasuki kawasan lebuh raya dan membahayakan keselamatan pengguna LPT 2 terutama pada waktu malam.

 

Sehubungan itu, seorang pengguna lebuh raya, Mohd Ezam Sulaiman meminta pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya bagi meningkatkan tahap keselamatan di situ.

 

“Kita minta pihak berkuasa ini kalau boleh ambil tindakan yang lebih tegas kepada mereka yang bela lembu ini, barulah dia rasa sikit.

 

“Ini tidak, lembu sudah dilanggar, kalau tanya tuan, memang tuan itu tidak akan mengakulah lembu itu dia bela,” katanya lagi.

 

Seorang lagi pengguna, Sharul Ngah berkata, seminggu sekali pasti akan ada kes kenderaan melanggar haiwan di lebuh raya tersebut.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Keseluruhan kos baik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Kelantan berjumlah RM10.6 juta…
Informasi
Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…