Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja melakukan khianat dengan mematahkan pengilap cermin belakang milik wanita berusia 36 tahun, yang diparkir di hadapan Terminal Bas Batu Pahat, 11.05 pagi, 20 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua, dia didapati memasuki negara ini tanpa pas atau permit sah.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua, RM8,000 selain memerintahkannya menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayarnya.
Bacaan selanjutnya di Harian Metro