Laporan dari Kosmo menyatakan bahawa kejadian berlaku berhampiran Blok Empat Pangsapuri Desa Menteri di Bandar Sunway jam 1 pagi Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid, tindakan individu tersebut telah dikesan melalu rakaman video berdurasi 54 saat yang tular di Instagram @info.semasa.
Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu bertindak membaringkan dirinya di tengah jalan raya dan menghalang lalu lintas.
“Rakaman kejadian dimuat naik oleh pemilik akaun tersebut sekitar pukul 1 pagi tadi dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri, di Desa Mentari.
Pihak polis memohon supaya pemilik atau pemandu kereta serta saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan, kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.
- Pada kami di Careta, ada tiga saja kesimpulan yang boleh diberikan secara logik; lelaki yang baring tersebut mempunyai masalah mental, lelaki tersebut mempunyai rakan-rakan yang menunggu di tepi untuk aktiviti samun atau lelaki tersebut sedang 'high' samada dengan arak atau dadah! -