Senator Australia tawar beli Holden dengan harga 1 Dollar Australia

oleh HEZERI SAMSURI|
Senator Queensland James McGrath membuat tawaran AUS$1 untuk membeli jenama Australia, Holden dari pemiliknya, General Motor (GM).

McGrath menuduh GM mengambil kesempatan isu pandemik coronavirus untuk melengah-lengahkan pakej pampasan kepada pengedar-pengedar Holden di Australia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Februari lalu GM telah mengumumkan untuk menghentikan jenama Holden menjelang hujung tahun ini kerana prestasi penjualan yang merudum.

Sebanyak 203 dewan pameran Holden yang dimiliki oleh 185 orang pengedar jenama itu di Australia akan ditutup dan McGrath berkata GM tidak berlaku adil dengan pakej pampasan yang ditawarkan.

Ahli politik itu berkata sikap GM yang tamak itu akan memberi impak negatif kepada pekerja-pekerja Holden Australia.

GM memulakan perniagaan mereka di Australia sejak tahun 1931 dan mula menggunakan nama Holden sejak tahun 1948.

Isu pampasan GM di sana menjadi hangat kerana syarikat US itu dikatakan tidak berlaku adil. Minggu lalu, GM berkata tawaran pakej yang diminta oleh pengedar Holden adalah "tidak berasas, salah dan tidak disokong oleh mana-mana perundangan".

Menarik juga bila nasib pengedar-pengedar tempatan mereka dipertahankan oleh pemimpin mereka sendiri.

* Sumber berita dari CarAdvice

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…