Senarai kereta terpantas di dunia - pecutan 0-100 km/j bawah tiga saat!

oleh Mohamad Hanif|
Perlumbaan untuk menghasilkan kereta-kereta terpantas di dunia tidak pernah berhenti lagi setakat ini, bahkan ia menjadi satu medan pertarungan yang sangat menarik untuk membuktikan siapa lebih pantas memecut di atas jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Apatah lagi ketika ini dunia turut bakal dibanjiri dengan kehadiran pendatang-pendatang baharu di dalam segmen supercar dan hypercar elektrik.

Berikut merupakan senarai supercar dan hypercar terpantas di dunia dengan catatan pecutan 0-100 km/j di bawah masa tiga saat berdasarkan rekod rasmi yang diterbitkan oleh para pengeluar.
 

9. Ferrari F8 Tributo | McLaren 620R | Lamborghini Huracan Evo - 2.9 saat


Tidak seperti McLaren 620R yang merupakan versi jalanan kepada jentera lumba 570S GT4, Ferrari dan Lamborghini masing-masing berjaya mencatatkan pecutan 0-100 dalam masa 2.9 saat menerusi model arus perdana mereka, F8 Tributo dan Huracan Evo.
 

8. McLaren P1 | BAC Mono - 2.8 saat


Lupakan seketika McLaren P1, pengeluar Briggs Automotive Company (BAC) berjaya meningkatkan tahap prestasi model Mono dengan nadi Ford berkuasa 305 bhp.

Dengan bantuan pembinaan casis daripada bahan komposit gentian karbon dan berat sekitar 540 kg, tidak menghairankan ia mampu mencapai masa pecutan 2.8 saat dari pegun ke 100 km/j.
 

7. Caterham 620R - 2.8 saat


Sebuah lagi model daripada pengeluar British, Caterham Cars berjaya mencatatkan masa pecutan yang serupa, terima kasih kepada resepi berat badan yang ringan, namun dengan enjin yang berkuasa 311 hp/297 Nm serta nisbah kuasa kepada berat 568 bhp per tan!
 

6. Vennessy Venom GT - 2.7 saat (0-60 mph)


Dibangunkan daripada platform Lotus Exige, Venom GT diperkasakan oleh nadi V8 dan mampu mencapai pecutan sepantas 2.7 saat dari 0-60 batu sejam.

Tak cukup dengan itu, terdapat varian Venom GT berkuasa 1,244 kuasa kuda membolehkan anda mencapai kelajuan tertinggi 434 km/j!
 

5. Porsche 911 Turbo S (992) - 2.6 saat


Terima kasih kepada peningkatan yang dibawakan kepada generasi 992, Porsche 911 kini mampu memberikan pecutan sepantas 2.6 saat daripada enjin 3.8 liter flat-six turbo berkembar.

Menjadikan ia 911 produksi bersiri terpantas pada ketika ini.
 

4. Rimac Concept One - 2.5 saat


Daripada pengeluar Croatia, lahirlah Rimac Concept One yang merupakan sebuah hypercar berkuasa elektrik sepenuhnya.

Rimac Concept One dipasang dengan empat motor elektrik - satu untuk setiap roda - dan mampu menghamburkan 1,224 hp dan daya kilas 1,600 Nm.


3. Porsche 918 Spyder | Koenigsegg One:1 - 2.5 saat (0-60 mph)


Selain daripada Porsche 918 Spyder yang merupakan jentera hibrid, pencapaian 2.5 saat ini turut dikongsi bersama jentera Koenigsegg One:1.

Nama One:1 diambil bersempena dengan nisbah kuasa kepada berat  - 1,360 PS kepada 1,360 kilogram.
 

2. Tesla Model S | Porsche Taycan Turbo S | Bugatti Chiron - 2.4 saat


Berbanding dengan Bugatti Chiron yang terpaksa memerah nadi W16 bagi menghasilkan 1,500 hp dan masa pecutan sepantas 2.4 saat, pencapaian tersebut ternyata 'begitu mudah' dicapai oleh Tesla Model S (menerusi mod Ludicrous) dan Porsche Taycan Turbo S - kedua-duanya merupakan kereta elektrik.


1. Ultima Evolution Coupe | Dodge Challenger SRT Demon - 2.3 saat (0-60 mph)


Ultima Evolution Coupe, jentera yang didatangkan dengan enjin 6.8 liter V8 pengecas lampau dan mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,020 hp manakala Dodge Challenger SRT Demon mampu mencapai pecutan yang serupa dengan enjin V8 6.2 liter supercharger (840 hp/1,044 Nm).

Model-model akan datang yang bakal meleburkan rekod pecutan terpantas:
 

Lotus Evija


Hypercar pertama berkuasa elektrik dari Lotus, Evija dengan 1,973 kuasa kuda yang disalurkan kepada empat roda dengan kelajuan tertinggi melebihi 322 km/j.

Prestasi sebenar Evija masih lagi dirahsiakan, namun masa pecutan 0-100 km/j dianggarkan 'bawah tiga saat'.

 

Pininfarina Battista


Hypercar daripada Pininfarina ini bakal menggunakan trenkuasa daripada Rimac, dengan konfigurasi empat motor elektrik yang mampu menyalurkan 1,900 bhp dan 2,299 Nm kepada empat roda.

Masa pecutan? Bawah dua saat!


Rimac C_Two - 1.9 saat


Bayangkan dalam masa sesaat lebih, anda sudah boleh mencapai kelajuan 100 km/j di dalam sebuah Rimac C_Two.

Menjanjikan prestasi yang lebih memberangsangkan daripada model Rimac Concept One, Rimac C_Two hadir dengan empat motor elektrik (1,900 hp) dengan kelajuan tertinggi 412 km/j.
 

Aspark OWL - 1.7 saat (0-60 mph)


Aspark OWL merupakan hypercar berkuasa elektrik yang memiliki surat beranak dari Jepun yang dihasilkan oleh firma kejuruteraan Aspark, dan pernah dipamerkan pada acara Frankfurt Auto Show 2017.

Memiliki binaan casis monocoque daripada gentian karbon, hypercar elektrik ini dipasang dengan empat motor elektrik menghasilkan 1,984 hp, daya kilas 2,000 Nm dengan kelajuan tertinggi 400 km/j.

Difahamkan, ia akan memulakan produksi pada tahun ini.
 

Sumber: Autocar