Senarai kereta rasmi Presiden US - dari dulu hingga sekarang

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia ini, jawatan Presiden Amerika Syarikat boleh dikatakan antara jawatan yang tertinggi, dan kereta-kereta khas perlu digunakan bagi memastikan tahap keselamatan orang paling penting di negara Uncle Sam tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Almaklumlah, kat sana piston dan mesingan mudah untuk didapati...

Antara model kereta yang popular di mata dunia adalah The Beast yang digunakan oleh Presiden Trump pada tahun 2018, dan ia sebenarnya bukanlah sebuah kereta limosin standard seperti yang anda bayangkan.

Berikut merupakan senarai kereta yang digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat bermula dari tahun 1939 sehinggalah sekarang:
 

Lincoln K Sunshine Special 1939


Ini merupakan kereta pertama yang dibina khusus untuk Presiden yang mana pada ketika itu disandang oleh Franklin Delano Roosevelt.

Modifikasi yang dijalankan adalah minima, seperti contoh running board yang lebih lebar, penambahan grab handle, siren, dan sistem komunikasi radio dua hala.

Namun, apabila Amerika memasuki Perang Dunia Kedua, kereta ini dipertingkatkan dengan pemasangan plet perisai, tayar kalis peluru, ruang storan untuk senapang dan kaca setebal 1 inci.
 

Lincoln Custom 1942


Tidak seperti kereta pertama, kereta Presiden kedua ini dipasang dengan perisai sejak dari awal pembinaan, namun dengan kelengkapan tersebut, ia telah menambah berat kira-kira 3,175 kg kepada berat asal.

Jadi, sistem brek telah dinaiktaraf bagi membantu menghentikan kereta ini terutama ketika saat kecemasan.


Lincoln Cosmopolitan 1950


Setelah habis perang dunia, Presiden US pada ketika itu Herry Truman mahukan kereta presiden sesuai dengan spesifikasi yang diinginkan.

Oleh sebab itu, pakej perisai masih lagi termasuk di dalam senarai, namun dengan dimensi bumbung yang ditinggikan, serta menambah sebuah lagi model convertible.

Model Lincoln Cosmopolitan ini secara tidak langsung merupakan kereta presiden terakhir yang menggunakan nadi V12.
 

Lincoln Continental 1961-1972


Terdapat sehingga empat varian yang digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat untuk model ini, di mana versi terakhir merupakan model convertible terakhir yang digunakan.

Ia adalah berikutan susulan cubaan membunuh Presiden Kennedy pada tahun 1963, diikuti Presiden Ford (1975) dan Presiden Regan (1981).

Sejak daripada itu, tiada lagi model convertible digunakan.
 

Cadillac Fleetwood 1983


Ini merupakan kali pertama model Cadillac digunakan sebagai kereta rasmi presiden menerusi model Fleetwood, membawakan perlindungan perisai pada pintu, kaca, dan bumbung yang ditinggikan untuk penglihatan keluar yang lebih baik.

Selain daripada itu, sistem brek juga turut dinaiktaraf kepada versi tahan lasak, serta saiz tayar yang lebih besar untuk menampung perisai yang dipasang itu tadi.
 

Lincoln Town Car 1989


Ini merupakan model Lincoln terakhir yang digunakan untuk membawa Presiden Amerika Syarikat.

Ciri perlindungan yang sama turut diberikan kepada kereta ini, namun trenkuasa telah dinaiktaraf kepada nadi Ford F-250, iaitu enjin V8 7.5 liter yang telah dimodifikasi untuk tugas membawa muatan perisai itu tadi.


Cadillac Fleetwood 1993


Tahun 1990-an menyaksikan perubahan teknologi yang sangat pantas, dan model Fleetwood 1993 yang digunakan oleh Presiden Clinton ini merupakan contoh terbaik aplikasi teknologi ke dalam kenderaan empat roda.

Spesifikasi perlindungan tidak dilupakan seperti kaca dan casis kalis peluru, manakala sistem komunikasi pula dilengkapkan dengan ciri telefon satelit bagi memastikan ia kekal terhubung dengan dunia luar ketika sedang bergerak.


Cadillac DeVille 2001


Luar nampak macam DeVille, tapi sebenarnya ia adalah sedan dengan binaan body-on-frame (macam Hailak lah senang cerita), di mana ia merupakan binaan sedan body-on-frame terakhir dari GM yang dihasilkan pada tahun 1996.

Ia juga sekaligus menjadikan 'Cadillac DeVille' ini kereta presiden pertama dengan rangka SUV, serta kehadiran teknologi yang lebih maju seperti sistem pandangan malam inframerah.
 

Cadillac DTS 2005


Selepas kejadian 11 September, kereta presiden perlu lebih kukuh dan lebih selamat berbanding kebiasaan, dan hal ini terpakai pada model Cadillac DTS ini.

Sama seperti DeVille, DTS ini menampilkan casis tugas berat, kelengkapan perisai gred tentera, sistem komunikasi termaju, dan berkeupayaan untuk mencapai kelajuan setinggi 241 km/j!

Kereta Presiden terpantas setakat ini.
 

Cadillac 'One' 2009


Ketika Presiden Obama berkhidmat, ciri kelengkapan pada kereta Presiden turut dipertingkatkan, seperti gas pemedih mata, shotgun, serta perisai yang mampu menahan serangan kimia, ia memberikan kesan kepada kelajuan tertinggi yang mampu dicapai.

Oleh sebab terlalu berat, Cadillac One ini hanya mampu mencapai kelajuan tertinggi 96 km/j sahaja.

Namun, ia juga merupakan antara kereta presiden yang cukup lengkap dengan bekalan darah yang sesuai dengan presiden yang amat berguna sekiranya berlaku kecemasan.
 

Cadillac The Beast 2018


Secara asasnya, ia membawakan spesifikasi yang sama seperti model Cadillac One 2009, namun dengan ciri yang dipertingkatkan seperti perlindungan tangki bahan api, bekalan darah dan oksigen, serta tayar dengan perlindungan kevlar.

Seperti yang kami sebutkan, The Beast sebenarnya bukanlah sebuah sedan limosin, akan tetapi ia dibangunkan atas casis trak daripada GM supaya dapat menampung beban perisai yang dipasang bagi memastikan keselamatan Presiden lebih terjamin.
 

Ground Force One 2011


Ini bukanlah sebuah limosin khas untuk kegunaan presiden, akan tetapi lebih kepada sebuah pusat kawalan bergerak yang boleh digunakan oleh presiden dalam keadaan tertentu.

Namun, spesifikasi perlindungan juga tidak kurang menariknya, apabila ia turut dilengkapi dengan perisai perlindungan, bekalan darah tambahan untuk Presiden, tayar jenis run-flat, kelengkapan senjata, serta tangki oksiden untuk digunakan saat serangan kimia.

 

Sumber: Vanarama

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang anda lihat, bentuk crossover coupe Mach-E telah hilang sepenuhnya dan diubah menjadi…
Berita Global
Menurut laman web eBay, limosin klasik yang disenaraikan ini pernah dimiliki oleh Chen Yi yang…
Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Mercedes-Maybach S-Class 2021, limosin mewah yang menampilkan lebih…