Senarai insentif kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, Thailand dan Indonesia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tesla Model Y - Kredit Makara Heng
Tesla Model Y - Kredit Makara Heng
Mengikuti perkembangan kenderaan elektrik (EV) di negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia menunjukkan satu perkara iaitu masa depan yang cerah.

Bukan setakat tiga negara tersebut, Vietnam telah pun mengeluarkan EV sendiri di bawah jenama Vinfast dan mengeksportnya ke Amerika Syarikat.

Memang diakui, agenda EV mempunyai beberapa cabaran seperti penerimaan pengguna, kos dan infrastruktur.

Jika semua hendak diambil kira, maknanya tidak bergeraklah sesuatu perubahan dan pemangkin kepada penggunaan EV secara meluas ialah polisi kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Prius

 

Impak polisi kerajaan boleh dilihat pada kereta hibrid yang berusia lebih sedekad di jalan raya tempatan seperti Honda Insight, Jazz, CR-Z, Toyota Prius dan Prius C.

Banyak lagi contoh yang boleh disebut namun itulah hasil pengecualian duti yang dilaksanakan kerajaan pada 2010.

Polisi yang konsisten dan jelas membolehkan penawaran kenderaan hibrid terus subur di negara kita.

Jika model hibrid mula dijual secara massa sejak lebih sedekad lalu (Honda Civic, Toyota Prius, Porsche Cayenne) bagaimana pula dengan EV?

Nissan LEAF 2010 Kredit foto: Nissan

 

Model pertama yang dilancar di pasaran tempatan ialah Mitsubishi i-MIEV pada Mac 2013 dan dijual pada harga RM136,118.50.

Nissan LEAF menyusul pada November 2013 dan ditawarkan pada harga RM168,800.

17 bulan kemudian atau pada April 2015, Renault membuka tempahan Twizy dan Zoe dan masing-masing ditawarkan pada harga RM71,888 dan RM145,888.

 

CARETA HONDA CIVIC RS eHEV 2022

 

Dari rekod tersebut menunjukkan perjalanan kenderaan elektrifikasi secara massa di negara kita sudah pun bermula lebih sedekad lalu.

Penulis hanya menyentuh tentang kereta penumpang dan tidak memasukkan motosikal elektrik Modenas yang dikenali sebagai CTric dan dilancarkan pada Jun 2011.

Bagaimana pula dengan sekarang? Kenderaan hibrid terus subur dan EV pula semakin berkembang.

 

Kia EV6 dan Hyundai Ioniq 5

 

Di pasaran tempatan sekarang ini tinggal pilih sahaja, mahu buatan Jepun, Perancis, Sweden, China, Korea Selatan, Jerman atau Amerika Syarikat.

Sama seperti kenderaan hibrid, kemeriahan penawaran EV didorong oleh polisi kerajaan.

Berikut disenaraikan insentif EV di beberapa negara ASEAN terpilih:

Malaysia

  • Tambahan dua tahun pengecualian untuk duti eksais dan cukai jualan bagi EV pemasangan tempatan sehingga 31 Disember 2027
  • Pengecualian duti import ke atas komponen untuk EV pemasangan tempatan dilanjutkan sehingga penghujung 2027
  • Pengecualian duti eksais dan import untuk EV CBU dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025
  • Pengecualian cukai jalan sehingga penghujung 2025. Amaun cukai jalan serendah RM72 (Renault Zoe Zen) sehingga RM12,094 (Porsche Taycan Turbo S)
  • Potongan cukai kepada syarikat yang menyewa EV dengan jumlah maksimum amaun sewaan yang layak dihadkan tidak melebihi RM300,000
  • Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus untuk pendapatan berkanun pengilang komponen pengecasan EV bermula dari tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032 dan Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk tempoh 5 tahun

Thailand

  • Kerajaan mahu jadikan Thailand sebagai hab EV di ASEAN
  • Sasaran 30 peratus EV daripada pengeluaran keseluruhan atau 725,000 unit setahun menjelang 2030
  • Jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) melonjak 223 peratus dari Januari hingga September 2022 berbanding tempoh sama 2021 
  • Jualan Januari hingga September 2022 berjumlah 13,298 unit
  • Insentif EV dikenali sebagai 30@30 bagi mencapai 30 peratus pengeluaran kereta dan motosikal menjelang 2030
  • Subsidi 70,000 baht (RM9,084.68) untuk kereta elektrik dengan kapasiti bateri 10-30 kWj (CKD dan CBU)
  • Subsidi lebih besar dengan jumlah 150,000 baht (RM19,467.18) untuk kereta elektrik lyang mempunyai kapasiti bateri lebih 30 kWj
  • Subsidi 18,000 (RM2,336.06) ditawarkan untuk pembelian motosikal dari pengeluar yang layak sehingga 2023
  • Pakej subsidi dibiayai oleh dana 3 bilion baht (RM389.3 juta) belanjawan pusat 2022
  • Pakej subsisi itu juga dari pelaburan jangka panjang di dalam industri EV bernilai 40 bilion baht (RM5.1 bilion) di antara 2023 dan 2025
  • Duti import dikurangkan sebanyak 40 peratus untuk BEV CBU yang dijual sehingga 2 juta baht (RM259,562.46) sehingga 2023
  • Pengurangan duti import 20 peratus untuk BEV CBU berharga 2 juta (RM259 ribu) hingga 7 juta baht (RM908,468.60) sehingga 2023
  • Potongan cukai eksais untuk EV import dari lapan peratus kepada dua peratus
  • Sasaran untuk mewujudkan 12 ribu stesen pengecasan dan kilang bateri 40mW

Insentif yang disediakan terpakai untuk 27 jenis EV seperti kereta eco sehingga sepuluh tempat duduk, pikap elektrik, lori janaan sel bahan bakar hidrogen.

Insentif yang sama juga merangkumi EV sehingga sepuluh tempat duduk dan pikap penumpang empat pintu jenis plug-in.

Selain kenderaan, kerajaan Thailand turut menyediakan insentif kepada pengilang komponen seperti berikut:

  • Pengecualian duti import untuk komponen utama elektrik dari 2022 hingga 2025
  • Bateri, motor cengkaman, pemampat untuk bateri EV
  • Sistem pengurusan bateri, unit kawalan pacuan, gear pengurangan

Indonesia

  • Sasaran untuk menjadi hab EV global
  • Mahu hasilkan 13 juta motosikal elektrik dan 2.2 juta kereta elektrik menjelang 2030
  • Menggunakan sistem kuota
  • Insentif untuk 200,000 motosikal dan 35,900 kereta elektrik
  • Turut merangkumi 50,000 motosikal yang bertukar dari enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada elektrik sehingga penghujung 2023
  • Program subsidi dengan anggaran 1.7 trilion rupiah (RM495.6 juta)
  • Insentif sebanyak 7 juta rupiah (RM2,045.09) untuk motosikal elektrik termasuk penukaran dari ICE (110 cc hingga 150 cc) kepada nadi elektrik
  • Untuk layak, motosikal perlu dibuat di dalam negara atau sekurang-kurangnya menggunakan 40 peratus yang disumberkan dari dalam negara
  • Penukaran dari motosikal ICE kepada elektrik dibuat di bengkel yang layak sahaja
  • Insentif untuk kenderaan lain seperti kereta penumpang dan bas belum dimuktamadkan
  • Setakat ini dua model kereta yang layak iaitu Hyundai IONIQ 5 dan Wuling dengan cadangan 35,900 unit dan 138 unit bas elektrik.
  • Subsidi sekitar 80 juta rupiah (RM23,362.31) untuk kereta elektrik dan 40 juta rupiah (RM11,681.15) bagi kereta hibrid - Laporan Disember 2022

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lotus Eletre 2023

 

Berita Berkenaan

Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Berita Global
Rancangan tersebut adalah untuk mempercepatkan usahanya untuk ke pasaran global yang menyasarkan…
Berita Domestik
Pelantikan pengedar tersebut adalah sebahagian daripada strategi WTCA untuk mengukuhkan…