Senarai harga baharu Renault: Pengurangan harga dari RM2,600 sehingga RM23,000

oleh SALINA JALIL|
TC Euro Cars telah mengumumkan harga baharu untuk ke semua model Renault yang dijual di pasaran Malaysia sejajar dengan pelaksanaan pengecualian cukai jualan bagi kereta baru berkuat kuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Rangkaian model Renault terdiri daripada Captur sebagai satu-satunya model pemasangan tempatan (CKD), serta Koleos dan Megane R.S. yang diimport sepenuhnya (CBU).

 

Pengecualian 100 peratus cukai jualan untuk model CKD membolehkan Captur menikmati pengurangan harga berjumlah RM2,691, manakala Koleos dan Megane R.S. masing-masing menyaksikan pengurangan harga sehingga RM6,687 dan RM11,670 dengan pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus untuk model CBU.

 

Model

Harga semasa dengan cukai jualan

Potongan Cukai jualan

Harga baharu (CKD)

Harga baharu (CBU)

Captur

RM107,980

RM2,691.21

RM105,288.79

 

Koleos

RM179,888

RM13,373.16

 

RM173,201.42

Koleos Signature

RM189,888

RM14,041.82

 

RM182,867.09

Koleos Signature Plus

RM194,888

RM14,041.82

 

RM187,867.09

Megane R.S. MT

RM279,888

RM19,598.22

 

RM270,088.89

Megane R.S. EDC

RM299,888

RM23,339.91

 

RM288,218.05

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada…
Berita Domestik
Ini bermakna, untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) masih lagi boleh menikmati pengecualian…
Berita Domestik
Pengecualian penuh diberikan kepada kenderaan baharu CKD sementara pengecualian 50 peratus untuk…