Senarai 10 kereta paling puas hati dipakai untuk tahun 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap tahun, agensi penyelidikan pasaran JD Power akan melakukan kajian-kajian berkaitan automotif di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Antara kajian yang paling dinantikan ialah Customer Service Index Study iaitu Kajian Indeks Layanan Pelanggan.

Ia mengukur kepuasan pelanggan mengenai perkhidmatan selepas jualan di pusat servis syarikat kenderaan dalam tempoh tiga tahun pertama kenderaan mereka.

Setiap jenama diberikan markah per 1,000 sebagai indeks kepuasan dan sementara menunggu keputusan di Malaysia, kita lihat dahulu senarai 10 jenama kenderaan yang paling memuaskan hati pengguna di UK.

Di bawah ialah senarai 10 syarikat kenderaan paling memuaskan hati pelanggan mereka, dari nombor 10 ke yang terbaik.

 

10. Seat - 790 dari 1,000


Tahun lalu, Seat hanya mampu menduduki tempat ke 18. Ini ialah satu peningkatan yang serius dari jenama Sepanyol itu.

 

10. Ford - 790 dari 1,000


Berkongsi tempat ke-10 dengan Seat, jenama US ini tahun lalu menduduki tangga ke 21. 

Menurut JD Power, faktor yang membantu Ford untuk naik ke atas ialah kepercayaan dari pelanggan kepada pengedar dan pusat servis sudah dipertingkatkan. 

Contoh terbaik ialah kenderaan sudah siap diservis pada masa yang dijanjikan.


9. Peugeot - 791 dari 1,000


Satu perkembangan yang menarik kerana tahun lalu, syarikat Perancis ini hanya meraih tempat yang ke 19. 

Peugeot UK berkata pengstrukturan semula pengedar dan pusat servis membantu mereka untuk menambahkan keuntungan dan itu memberikan motivasi untuk maju.


8. Land Rover - 793 dari 1,000


Pada tahun 2018, jenama premium British ini mendapat tempat pertama. 

Tahun ini, ia turun mendadak dan langsung tidak dapat mencapai markah minima untuk jenama premium - iaitu 800 mata.


5. Hyundai - 798 dari 1,000

 

Dari tempat ke-15 tahun lalu ke tempat kelima, Hyundai  membuktikan ia adalah jenama Korea terbaik di UK. 

Sementara itu, Kia hanya menduduki tangga ke-22.


5. Honda - 798 dari 1,000


Berkongsi mata dengan Hyundai, ia adalah satu pencapaian yang kukuh dari Honda. 

Namun begitu, tahun lalu jenama Jepun ini meraih 815 mata dan penurunan ini mungkin disebabkan dari kualiti kenderaan mereka di UK.

 

5. BMW - 798 dari 1,000


Sama mata dengan Honda dan Hyundai, ia masih tidak mencapai skor purata 800 mata untuk jenama mewah.

 

4. Toyota - 800 dari 1,000


Setelah jatuh pada tangga ke-14 tahun lalu, kali ini Toyota bangkit untuk memberikan keyakinan kembali kepada semua pelanggannya.


3. Mercedes-Benz - 802 dari 1,000


Mercedes-Benz telah berjaya menumpaskan seteru tradisinya, BMW. Perkhidmatan pelangggannya di UK semakin meningkat, berpadanan dengan harganya.


2. Suzuki - 813 dari 1,000


Ini ialah peningkatan sebanyak 22 mata berbanding dengan tahun 2018 dan ia adalah satu pencapaian yang sangat baik untuk jenama kecil dari Jepun ini.

Masih tiada berita samada Suzuki akan kembali ke Malaysia atau tidak, setelah dipermainkan oleh rakan kongsinya di sini.


1. Audi - 815 dari 1,000


Audi menjadi jenama yang paling memuaskan hati pelanggannya di UK untuk tahun 2019.

Tahun lalu, jenama ini berada di tangga ketujuh dan perubahan pada pengurusan menjadi punca perubahan positif ini.

Tahniah Audi!

Berita Berkenaan

Informasi
  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak Sazally Saidi berkata, kajian yang dijalankan itu turut…
Informasi
  Dalam tahun 2019, 20 peratus pembeli kereta baharu terdiri daripada pembeli SUV, berbanding…
Berita Global
Kajian TXI mengambil kira kadar pengalaman, penggunaan, serta interaksi antara kenderaan dan…