Sena kini dengan bunyi Harman Kardon!

oleh HEZERI SAMSURI|
Mungkin geram dengan kejayaan Cardo yang mampu menghasilkan unit perhubungan helmet Bluetooth dengan speaker JBL, Sena Technologies Inc nampaknya membalas balik dengan kerjasama mereka dengan gergasi audio, Harman Kardon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siri Sena Quantum dengan Sound By Harman Kardon masih mengekalkan teknologi Mesh Intercom dan juga penambah-baikan untuk model-model 50S dan 50R, 50C dengan kamera 4K serta dua helmet baharu - Impulse dari jenis modular dan fullface Stryker.

Semuanya dengan ciri-ciri audio dari Harman Kardon.

Pastinya Sena baharu ini akan muncul di pasaran Malaysia tetapi sayang sekali kerana wakil pengedar rasmi Sena tidak begitu aktif untuk membuat promosi.

Pesaingnya, Cardo pula kini mempunyai pengedar rasmi tempatan yang baharu, Sinar Puncak Sdn Bhd - anak syarikat jenama rantai motosikal terkenal, RK Malaysia di Pulau Pinang.