Semua Volvo akan jadi Hibrid atau Elektrik selepas 2019

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya syarikat automotif dari Sweden, Volvo bertekad akan memastikan kesemua model-model mereka adalah kenderaan hibrid atau elektrik sepenuhnya selepas tahun 2019.

Menurut siaran akhbar Volvo, syarikat itu akan melancarkan lima kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) antara tahun 2019 dan tahun 2021.

Dua dari kenderaan EV itu ialah dari Polestar, unit kenderaan prestasi tinggi Volvo (seperti M untuk BMW dan AMG untuk Mercedes-Benz atau Gear Up untuk errr, silap).

 

polestar

 

Namun begitu, Volvo tidak menerangkan sistem hibrid yang akan digunakan oleh model-model lain.

Buat masa ini di Malaysia, Volvo menawarkan model XC-90, S90 dan V90 yang memang hibrid sejati jenis plug-in.

Careta merasakan ini ialah satu cubaan berani dari Sweden dan walaupun pasaran seperti di US masih belum bersedia untuk EV, pasaran di China nampaknya semakin bersedia untuk kenderaan-kenderaan EV.

Di Malaysia, pembinaan pusat caj sudah dimulakan sejak lima tahun lalu dan sekarang ini, kebanyakan pusat caj itu digunakan sebagai tempat bertapa oleh makhluk halimunan.

Perlu ada usaha yang lebih kuat dan serius dari pihak pemimpin jika kita benar-benar mahukan kenderaan EV di atas jalanraya dalam masa 10 tahun akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…