Semua pengangkutan awam boleh beroperasi - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Semua jenis perkhidmatan pengangkutan awam kini boleh beroperasi semasa Sekatan Pergerakan Penuh (SPP), kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Untuk teksi dan kenderaan e-hailing pula, hanya pemandu dan seorang penumpang sahaja dibenarkan. Ini termasuk kenderaan e-hailing yang besar seperti 4WD dan van atau MPV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu Ka Siong berkata dua penumpang boleh dibenarkan sekiranya mempunyai alasan perubatan dengan surat doktor, atau untuk ke pusat vaksinasi dan untuk tujuan keselamatan.

"Anda boleh merujuk ke SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Semua perkhidmatan pengangkutan awam juga boleh beroperasi menurut SOP oleh MKN," ujarnya.

Pemandu teksi perlu mempunyai surat kelulusan beroperasi dan mereka boleh memuat-turun dokumen itu dari Sistem Industri dan Informasi Logistik (SMILE) di  https://application.mot.gov.my

Pemandu kenderaan e-hailing pula boleh menggunakan surat beroperasi yang dikeluarkan kepada syarikat masing-masing.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu ialah China, Arab Saudi, United…
Berita Domestik
Beliau menegaskan kelonggaran merentas negeri bergantung kepada fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menjelaskan, kerajaan memerlukan sedikit masa lagi…