Semua model motosikal Kawasaki berkuasa elektrik menjelang 2035

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Heavy Industries akan memastikan 100 peratus barisan modelnya terdiri daripada motosikal elektrik menjelang tahun 2035, menerusi syarikat yang baharu sahaja dibentuk, Kawasaki Motors Limited.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden KHI, Yasuhiko Hashimoto menjelaskan, "aktiviti riadah luar telah menjadi satu perkara yang popular ketika wabak pandemik COVID, dan kami (Kawasaki) akan memperkukuhkan usaha terhadap alam sekitar dengan meletakkan gaya hidup pasca-pandemik sebagai sasaran utama.

Beliau juga tidak menolak kerjasama dengan mana-mana syarikat bagi mencapai sasaran tersebut.

Pada ketika ini, Kawasaki tidak mempunyai sebarang produk motosikal elektrik, namun mereka merancang untuk memperkenalkan lebih daripada 10 buah motosikal elektrik menjelang tahun 2025, dan memastikan 100 peratus barisan produk yang dijual di Jepun, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia terdiri daripada motosikal elektrik menjelang 2035.
 

Versys


Malah, Kawasaki juga merancang untuk memperkenalkan model motosikal hibrid serta enjin yang mampu beroperasi menggunakan bahan api hidrogen.

Meskipun penguasaan pasaran Kawasaki tidak begitu kuat, hanya 1 peratus sahaja di peringkat global, namun jenama itu mempunyai kehadiran yang kuat di negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Dengan memfokuskan kepada program dekarbonisasi, Kawasaki mahu meluaskan penguasaan di dalam pasaran motosikal yang lebih mesra alam, selari dengan polisi kebanyakan kerajaan di seluruh dunia.

Terdahulu, presiden pertama Kawasaki Motors Limited, Hiroshi Ito sebelum ini mengumumkan perancangan untuk mengembangkan lagi kapasiti fasiliti Nebraska sedia ada, selain mewujudkan kilang baharu bertempat di Mexico.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Kawasaki Motors Limited turut mengumumkan penggunaan logo baharu bermula 1…
Berita Domestik
Dan dalam satu temuramah yang dijalankan bersama CEO Modenas, Roslan Roskan ketika pengumuman NAP…
Berita Domestik
DRB-HICOM Bhd menjual 11 peratus kepentingan dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas)…