Semua model Lamborghini bakal mendapat trenkuasa hibrid menjelang 2024

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi 'Direzione Cor Tauri' (Towards Cor Tauri), Lamborghini memperlihatkan perancangan masa hadapan yang lebih menyeluruh dalam usaha untuk mencapai strategi kelestarian alam sekitar syarikat tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO Lamborghini Stephan Winkelmann menjelaskan, setiap model Lamborghini bakal menerima bantuan trenkuasa elektrik menjelang tahun 2024.

Malah, Lamborghini juga akan memperlihatkan kenderaan elektrik pertama mereka (EV) yang dijadualkan pelancarannya menjelang akhir dekad ini.

 


Namun sebelum itu, Lamborghini akan melancarkan fasa pertama dengan memperkenalkan model-model tribut kepada kejayaan syarikat di dalam penghasilan model-model berenjin pembakaran dalaman.

Untuk tempoh 2021-2022, Lamborghini akan melancarkan dua buah model V12 baharu, satu daripadanya merupakan tribut kepada Countach dan sebuah lagi merupakan model pengakhiran kepada supercar bernadi V12 sebelum beralih kepada trenkuasa hibrid.

Model pertama hibrid produksi bersiri Lamborghini pula akan dilancarkan pada tahun 2023 sebelum kesemua barisan model Lamborghini akan didatangkan dengan bantuan elektrifikasi menjelang akhir tahun 2024.

 


Walaupun dengan aplikasi teknologi baharu, fokus Lamborghini masih lagi tertumpu kepada pengalaman pemanduan dan mereka merancang untuk mengurangkan emisi CO2 sebanyak 50 peratus menjelang awal tahun 2025.

Untuk model hibrid pertama Lamborghini (selepas model edisi terhad Sian), syarikat supercar itu memperuntukkan dana sebanyak 1.5 bilion euro untuk tempoh empat tahun, perbelanjaan terbesar di dalam sejarah Lamborghini.

Fasa ketiga yang bakal bermula pada separuh kedua dekad ini bakal menyaksikan pelancaran model elektrik pertama Lamborghini yang merangkap model keempat serba baharu.

 


Selain daripada perubahan besar di dalam penawaran model supercar dan SUV, pendekatan strategi lestasi Lamborghini juga turut merangkumi keseluruhan fasiliti Sant'Agata Bolognese, bermula dari pejabat sehinggalah kepada kilang produksi.

Fasiliti sebesar 160,000 meter persegi itu sebelum ini telah pun mencapai penarafan neutral CO2 pada tahun 2015, dan dan masih lagi mengekalkan penarafan tersebut selepas proses pembesaran fasiliti dua kali ganda dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …