Semua jenis basikal boleh dibawa naik KTM Komuter

oleh SALINA JALIL|
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan semua jenis basikal dibawa menaiki perkhidmatan KTM Komuter pada waktu tertentu secara percuma bermula 6 Ogos lalu.


Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha berkata, sebelum ini KTM Komuter mengenakan caj RM2 kepada pengguna yang membawa basikal.


"Bermula 18 April lalu, KTM Komuter mengumumkan tiada lagi caj dikenakan. Namun hanya basikal lipat atau 'folding bike' sahaja dibenarkan dibawa menaiki tren sepanjang masa pada hari hujung minggu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Bagaimanapun, bermula 6 Ogos, KTM Komuter membenarkan semua jenis basikal untuk dibawa menaiki tren komuter di luar waktu puncak pada hari bekerja dan sepanjang masa pada hari minggu," katanya.

 

Terdahulu, Mohd Zain hadir ke Majlis Perasmian Seremban Cyclo Tourism- Terokai Seremban Dengan Basikal di Stesen Keretapi Seremban di sini, hari ini (Sabtu).

 

Mohd Zain berkata, inisiatif itu adalah satu daripada usaha KTMB dalam mempromosikan gaya hidup sihat kepada Keluarga Malaysia dengan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.

 

"Usaha yang dilakukan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) ini bakal menjadi tarikan baharu kepada daerah ini khususnya dalam aktiviti berbasikal yang semakin diminati rakyat Malaysia," katanya.

 

Sementara itu, Datuk Bandar Seremban Datuk Masri Razali berkata, Negeri Sembilan khususnya Seremban mempunyai pelbagai laluan menarik untuk diteroka penggemar sukan berbasikal dari seluruh Malaysia.

 

"Antara laluan berbasikal yang menarik untuk berbasikal adalah di Jalan Temiang- Pantai yang mendapat jolokan New Zealand, Kuala Klawang- Genting Peras, Bukit Miku- Tampin, Sungai Gadut- Rantau dan Rembau- Gemas.

 

"Saya yakin laluan ini mampu menarik lebih ramai 'pelancong berbasikal' ke negeri Seremban dan Negeri Sembilan dengan menggunakan kemudahan KTM Komuter yang disediakan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…