Semua Honda Civic Type R Limited Edition di UK habis 'disapu'!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda sebelum ini memperkenalkan Civic Type R (GT) 2020 dengan tambahan edisi baharu Type R Limited Edition dan Sport Line menjadikan tiga varian keseluruhan.

Ketiga-tiga varian itu tampil berbeza dengan Sport Edition sppan dilengkapi spoiler rendah manakala Limited Edition lebih kepada prestasi.

Selain itu, fokus Honda untuk Civic Type R 2020 ialah pada penambahbaikan seperti penyejukan enjin, brek dan teknologi keselamatan.

Sekarang bagaimana dengan maklum balas pasaran?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Civic Type R Limited Edition

 

Di United Kingdom Honda baru saja mengumumkan kesemua Civic Type R Limited Edition yang diperuntukkan telah habis dijual.

Jumlah yang ditawarkan tidak banyak iaitu 20 unit sahaja untuk UK dan baki 180 unit untuk pasaran Eropah.

Sebelum berada di atas jalan lagi Civic Type R Limited Edition sudah pun menjadi rare.

Dengan UK yang mempunyai reputasi baik untuk kereta terhad begini dijangka Civic Type R Limited Edition akan bernilai tinggi pada masa depan.

Berapa harga jualan Civic Type R Limited Edition di UK? £39,995 atau bersamaan RM209,705.

Dari segi kelengkapan, model terhad itu hadir dengan berat yang kurang dan pemanduan yang jitu untuk dinikmati pemandu di litar.

 

Honda Civic Type R Limited Edition

 

Model itu dilengkapi roda forged ringan 20 inci BBS, warna unik Sunlight Yellow dan pengurangan berat sebanyak 47kg berbanding Civic Type R standard.

Pada bahagian dalam, model itu mempunyai balutan Alcantara baharu pada stereng dan tombol gear berbentuk air mata atau teardrop.

Untuk kuasa pula, enjin K20C 2.0L VTEC Turbo kekal dengan output 306hp dan 400Nm dan dipadan bersama transmisi enam kelajuan manual.

Walaupun sudah habis dijual, pelanggan di UK masih mempunyai peluang untuk mendapatkan Civic Type R GT dan Civic Type R Sport Line.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…