Sempena ulang tahun ke-100 Mazda, TIGA model baharu diperkenalkan: Mazda MX-5 RF (Roadster), Mazda2 dan Mazda CX-9 2020

oleh SALINA JALIL|
Bersempena sambutan ulang tahun ke-100 Mazda, Bermaz Motor telah memperkenalkan pelbagai model kenderaan Mazda 2020 dengan ciri-ciri teknologi dan kemudahan terkini. Model-model tersebut adalah Mazda 2 2020, Mazda CX-9 2020 dan Roadster ikonik iaitu Mazda MX-5 RF 2020. Ketiga-tiga model kini telah dibuka secara rasmi untuk tempahan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Akira Marumoto, Pengarah Perwakilan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif berkata, "Mazda berasal dari sebuah syarikat yang menghasilkan gabus dan kemudian bertukar haluan kepada pembikinan kereta.

 

Sekarang, kereta kami telah menjumpai ramai pelanggan dari lebih 130 buah negara dan wilayah. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada para pelanggan, peniaga, pembekal, rakan niaga dan masyarakat setempat, yang telah menyokong kami selama bertahun-tahun melalui masa yang baik dan buruk, yang kami beroleh 100 tahun sejak kewujudan kami.

 

Kami memandang ke 100 tahun ke hadapan, kami akan terus meletakkan mereka yang menghargai ‘keunikan kami untuk mencipta bersama’. Semasa kami memperkukuhkan penciptaan kami, kami memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua pihak, kami akan terus mencabar diri kami untuk menghasilkan produk, teknologi, dan pengalaman yang unik seperti mana nilai ini yang dicari dan dicintai oleh pelanggan kami."

 

 

MAZDA MX-5 RF 2020 – ROADSTER MODEL IKONIK DUNIA

 

Mazda MX-5 RF ini adalah model CBU dari Jepun dan dilengkapi standard dengan enjin 2.0 liter Skyactiv-G, menghasilkan 181 kuasa kuda pada 7,000 rpm dan 205 Nm tork pada 4,000 rpm.

 

Pilihan transmisi termasuk sama ada transmisi manual enam kelajuan Skyactiv-MT atau transmisi automatik enam kelajuan dengan peralihan paddle.

 

Enjin MX-5 yang dipasangkan dengan badan ringan dan dipadankan dengan pemanduan dinamik ini akan memberikan kebahagiaan sejati di hampir mana-mana jalan raya.

 

Harga jualan untuk Mazda MX-5 RF 2020 bermula dari RM266,154.00 dan tersedia untuk tempahan bermula hari ini.

 

*Galeri gambar di bawah artikel ini.

 

pic 1

 

pic 2

 

pic 3

 

pic 4

 

 

 

MAZDA2 2020 – KERETA PREMIUM UNTUK KEGUNAAN HARIAN

 

 

Mazda 2 2020 adalah sebuah kereta CBU dari Thailand yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter Skyactiv-G danmenghasilkan 114 kuasa kuda pada 6,000 rpm, tork 149 Nm pada 4,000 rpm dan dipasangkan dengan transmisi SKYACTIV-DRIVE 6-Speed Automatic dengan Manual Shift .

 

Harga jualan untuk Mazda 2 ini bermula dari RM103,670.00 dan sedia untuk ditempah.

 

Galeri gambar di sini: https://www.careta.my/node/38743

mazda2 1

 

mazda2 2

mazda2 interior

 

mazda2 3

 

 

 

 

MAZDA CX-9 2020 – SUV PREMIUM DENGAN 7-TEMPAT DUDUK

 

 

Mazda CX-9 2020 dilengkapi dengan enjin turbocharged Skyactiv-G 2.5T yang menghasilkan 228 kuasa kuda pada 5,000 rpm dan tork 420 Nm pada 2,000 rpm dan dipasangkan dengan Skyactiv -Drive transmisi automatik dan boleh didapati dalam kedua-dua pacuan 2 roda dan format pacuan semua roda.

 

Mazda CX-9 didatangkan dengan ciri-ciri premium tanpa kompromi yang menawarkan pelbagai kemudahan serta memberikan pemanduan yang menarik serta berinspirasi bagi semua penumpang serta pemandu. Mazda CX-9 2020 juga merupakan model CBU dari Jepun kini dibuka secara rasmi untuk tempahan pada harga jualan bermula dari RM319,610.40.

 

 

Semua kenderaan baharu Mazda diberikan waranti selama lima tahun serta penyelenggaraan percuma selama lima tahun (kecuali Mazda BT-50) mengikut piawaian pengeluar termasuk upah, bahagian dan pelincir. Had perbatuan untuk kedua-dua waranti ini adalah pada jarak pembatuan 100,000 kilometer atau yang mana terdahulu.

 

cx9

 

cx9 2

 

cx9 3

 

cx9 4

Berita Berkenaan

Berita Global
Sama seperti apa yang dibawakan oleh Bentley menerusi model EXP 100 GT, sebuah Grand Tourer dengan…