Sempena 50 tahun hasilkan kenderaan AWD, Subaru perkenalkan Forester XT-Edition

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini, Subaru telah menghasilkan Forester XT-Edition sempena menyambut 50 tahun syarikat itu menghasilkan kenderaan dengan pacuan semua roda (AWD) , edisi khas tersebut dihasilkan khusus hanya untuk pasaran di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Luaran Forester XT-Edition didatangkan dengan warna  Geyser Blue, ianya merupakan model pertama untuk pasaran di Jepun yang menggunakan warna asal untuk pasaran Amerika Utara.

 

rear

 

XT-Edition turut didatangkan dengan trim asas Forester Sport untuk pasaran Jepun, seperti jeriji hadapan, rel bumbung, cermin sisi dan beberapa kemasan di bumper hadapan semuanya berwarna hitam.

Ia turut dilengkapi roda 18 inci dengan kemasan hitam metalik yang dibaluti tayar semua musim.

 

rim

 

XT-Edition turut didatangkan standard dengan sistem  EyeSight Safety Plus, pada bahagian dalaman pula Subaru telah menambah jahitan berwarna perak pada tempat duduk, papan pemuka dan kad pintu serta kemasan logam pada lubang udara.

Selain itu, pada bahagian enjin ianya dikuasakan enjin 1.8 liter turbo menghasilkan kuasa sehingga 174 HP dan 221 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT Lineartronic.

 

interior

 

Harga bagi Subaru Forester XT-Edition bermula dari 3,355,000 yen (RM111,703) untuk pasaran Jepun.

 

Sumber: motor1.com