Sempadan Sabah mulai ditutup 7 Oktober

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: The Star
Sabah telah menutup sempadannya bermula esok sehingga 20 Oktober dengan bukan rakyat negeri itu tidak lagi dibenarkan keluar atau masuk dalam cubaan untuk menghentikan penularan wabak Covid-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya mereka yang menyediakan perkhidmatan perlu, pelajar dan penjawat awam dibenarkan untuk urusan keluar atau masuk.

Selain itu, sesiapa sahaja yang berada di Sabah tidak akan dibenarkan meninggalkan negeri itu melainkan untuk hal kecemasan atau tugas rasmi dan  dengan kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran hanya diberikan kepada rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H, selain pasangan mereka yang memiliki pas Imigresen sah tempoh.

"Selain itu, pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di Sabah, pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad atau pas pelajar daripada Jabatan Imigresen di Sabah.

"Manakala anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk negeri berkenaan.

"Kebenaran untuk memasuki Sabah turut diberikan kepada pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam pasport," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Setakat tengah hari semalam, Sabah adalah negeri dengan jumlah kes Covid-19 paling aktif iaitu sebanyak 1,334 atau sedikit lebih separuh daripada 2,336 kes aktif di negara ini.

Empat daerah - Kota Kinabalu, Tawau, Semporna dan Lahad Datu - kini mempunyai kes tiga angka.

Keempat-empat daerah itu bersama dengan Putatan, Penampang dan Kunak akan dikenakan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12.01 tengah malam ini akan berkuat kuasa hingga 20 Oktober.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu juga, penutupan jejantas itu juga adalah untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf…
Berita Domestik
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya telah menyita anggaran 425 liter minyak…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…