Sempadan Malaysia-Singapura dibuka secara berperingkat

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka secara berperingkat, bergantung kepada isu keselamatan kesihatan di antara kedua-dua negara.


Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, berkata kategori pertama dan kedua membabitkan sektor profesional adalah kira-kira 25,000 rakyat Malaysia yang tinggal di negara itu dan tidak dapat pulang sejak lebih tiga bulan lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata, kumpulan itu akan diberi keutamaan dalam peringkat awal pengumuman dan penyelesaian rentas sempadan dua negara itu dalam masa terdekat.

 

"Bagaimana pun untuk kategori ketiga dan empat, ia membabitkan jumlah di antara 200,000 hingga 250,000 orang iaitu mereka yang bekerja secara harian.

 

"Perkara yang perlu difikirkan adalah kemampuan untuk membuat saringan kerana ia sudah pasti memerlukan masa yang agak panjang," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Kit COVID-19 di Dewan Semarak, Felda Kahang Timur, Kluang hari ini.

 

Hishamuddin berkata, jika pelaksanaan pembukaan sempadan bagi tiga kategori itu berjalan lancar, kategori keempat membabitkan pembukaan sepenuhnya sempadan juga tidak akan menghadapi masalah.

 

Dalam pada itu, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong, akan menghubungi rakan sejawat, He Vivian Balakrishnan, esok bagi perkembangan lanjut pembukaan sempadan bagi kedua-dua kategori itu.

 

"Semua keputusan juga bergantung kepada persetujuan pelbagai pihak termasuk kementerian kesihatan kedua-dua negara,"katanya.

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan…
Berita Global
Memetik laporan daripada Astro Awani, wakil Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Seiji Kihara memaklumkan…
Berita Domestik
  "Setelah berbincang dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, saya bersetuju untuk…